Sunday, February 16, 2014

Selamat Berhujung Minggu

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat berhujung minggu.
Kepada sesetengah negeri yang dah mula berkerja hari ini, selamat bekerja.

Semalam mama senyap je kan.
Banyak urusan yang nak diselesaikan.
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk bercerita.

Semalam, disebabkan sekarang kan cuaca panas, mama buat air barli.
Rasa lega sangat dapat minum air barli.


Barli tu projek mama.

Projek adik mama pulak Lasagna.


Mama bole upload gambar sahaja la sebab mama tak pandai nak buat.
Nantila mama menuntut pastu bole la cerita ek camne resepinya.


Inilah Lasagna nye.
Rasanya sedap jugak. Amir suka.
Kalau tak sedap, takdenya Amir suka sangat makan. Hehe.

Hari ini pula, mulanya, mama bercadang nak bawa Amir berjalan ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.


Bayarannya pun tak mahal sangat (Dewasa : RM 6.00) dan macam-macam ada di sana.
Tapi, papa kerja sampai lewat malam semalam.
Kesian pulak nak heret dia sekali jalan-jalan.
Postponed minggu depan la kot, bergantung pada keadaan.
Sebab kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik perancang.

Kebetulan, atok Amir ada jemputan kahwin hari ini di Bandar Baru Bangi.
Takpela, kita tukar program pergi jemputan je la.
Alang-alang tu, hantar Cik Ngah Amir ke Putrajaya, rumah sewa dia.

Dikesempatan yang ada ini, sementara Amir tengah tidur ni, mama nak ziarah la sahabat-sahabat alam maya mama ni (blogwalking), disamping support segmen / GA sahabat-sahabat mama.

Wallahuaklam

Share: