Thursday, January 01, 2015

Selamat Datang 2015

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Alhamdullillah, telah masuk tahun 2015, bermaksud pelbagai cabaran lagi yang akan kita tempuh dalam kehidupan kita dari segi peribadi kita mahupun negara kesayangan kita ini.

Dah masuk tahun baru ni, rasanya ramai yang pasang azam kan? Apa azam sahabat semua?
MPA sekadar berazam untuk memajukan diri MPA dan mohon dibukakan hati untuk belajar, belajar dan terus belajar tanpa jemu. Banyak benda kita boleh belajar, antaranya belajar memasak, belajar buat kek, belajar jahit baju, belajar berblogging dan macam-macam lagi. Yang paling menarik, MPA nak belajar secara langsung daripada pengalaman sebab belajar di kelas, kadangkala kita boleh terlupa tetapi belajar daripada pengalaman, itu tak semua orang boleh belajar. Pengalaman kan cikgu yang terbaik!

Walau apapun, MPA mendoakan sahabat-sahabat MPA semua dipermudahkan segala urusan untuk tahun 2015 dan tercapai segala apa yang diazamkan dan dihajatkan.

Sumber : Google

Good things come to those who WAIT.
But better things come to those who WORK FOR IT.

SALAM TAHUN BARU 2015. ^_^
Share: