Friday, August 18, 2017

Aktiviti Hujung Minggu Di Rumah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Bagi mereka yang bekerja, hujung minggu adalah hari yang dinanti-nanti. Hari untuk beristirehat setelah bekerja selama 5 atau 5 1/2 hari. 

Ada sesetengah suka bersiar-siar ataupun balik ke kampung. Ada juga sesetengahnya suka hanya duduk dirumah.

Macam MPA, bergantung keadaan juga. Masa dulu sewaktu bekerja, MPA lebih suka hanya duduk di rumah saja. Tapi bila sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa, lebih suka nak berjalan-jalan. Hihi

Jangan ingat bila berhujung minggu di rumah tu, aktivitinya hanya tidur dan bermalasan saja. Banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya :

Kemas Rumah dan Bilik
Selalunya sewaktu hari-hari bekerja, tak semua tempat dan kawasan yang sempat kita kemas. Jadi, bila sampainya hujung minggu, inilah masanya untuk membuat 'housekeeping'. Ada sesetengahnya suka mengubah susun atur perabot rumah. Ok juga tu, ubah suasana rumah sekali-sekala. Selain itu, dapat juga keluarkan peluh dan dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak jika disertai dengan anak-anak.

Lipat dan Kemas Baju
Kadang-kadang di minggu bekerja, memang tak sempat nak lipat kain baju, apatah lagi untuk mengemas. Jika cukup ruang, mungkin sesetengah suka dengan sistem sidai pakaian. Tetapi tetap ada juga sesetengah pakaian yang perlu dilipat. Hujung minggulah masa yang sesuai menyudahkan perkara-perkara yang tidak dapat kita selesaikan sebelum itu.

Masak Menu Istimewa
Kalau hari bekerja, mungkin kita hanya dapat menyediakan hidangan yang simple dan mudah. Bila tiba hujung minggu, bolehla kita masak hidangan istimewa ataupun mencuba resepi-resepi baru untuk keluarga. 

Menonton TV Bersama Keluarga
Hujung minggu ada banyak juga rancangan-rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga. Ajak anak-anak menonton bersama. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga memeriahkan cerita yang ditonton bila ada antara anak-anak yang suka menjadi pengulas cerita tersebut. 

Bila bersama keluarga dihujung minggu, kurangkan penggunaan gadget. Bukan apa, hanya itulah masa yang kita ada sepenuhnya buat keluarga. Hargai dan nikmati sepenuhnya sebab belum tentu kita ada kesempatan tersebut lagi di masa akan datang. Selamat berhujung minggu!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: