AFB Feed

Monday, August 14, 2017

Petua Melebatkan Rambut Bayi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Bila tengok baby, terutama yang baru lahir, perkara pertama yang kita lihat mestilah rupa paras baby. Ada yang cakap ikut muka ibu, dan tak kurang juga ada yang kata ikut muka ayah.

Selain itu, kita juga akan menegur tentang rambut baby. Ada yang berambut lebat dan ada juga yang mempunyai rambut yang kurang atau nipis.

Macam MPA, Amir dilahirkan mempunyai kurang rambut manakala Ain dilahirkan mempunyai rambut yang tebal. Rambut tebal dan nipis dikaitkan dengan faktor genetik.

Walaubagaimanapun, rambut tebal mahupun nipis tidak menggambarkan keadaan rambut mereka bila mereka membesar. Namun begitu, kita sebagai ibubapa boleh meransang pertumbuhan rambut anak-anak. Antaranya :


Madu dan minyak zaitun
Campurkan kedua bahan semulajadi ini dan oleskan di bahagian kepala. Biarkan seketika kemudian bilas sehingga bersih. Elok diamalkan sehari sekali atau dua hari sekali.


Daun Lidah Buaya
Daun lidah buaya sememangnya sering dikaitkan dengan kesihatan rambut, baik untuk bayi, mahupun dewasa. Untuk bayi, ambil isi dan lendir daun lidah buaya saja. Hancurkan sehingga berbentuk gel. Oleskan pada rambut dan kulit kepala bayi setiap minggu. Selain dapat melebatkan rambut, daun lidah buaya dapat menghitamkan rambut bayi.


Avokado dan Madu
Ambil isi buah avokado yang sudah masak. Haluskan sehingga hancur seperti pupur. Campurkan satu sudu madu asli sebelum dioles ke rambut dan kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala supaya tidak disentuh atau diusik oleh bayi. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.


Minyak Kelapa
Sebenarnya ibubapa tidak digalakkan menggunakan produk melebatkan dan menghitamkan rambut kepada bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung memberi mudarat kepada bayi kelak. Sebaiknya, ibubapa digalakkan menggunakan bahan semulajadi seperti minyak kelapa jelas tidak membawa mudarat mahupun merosakkan rambut dan kulit kepala bayi.


Air Kelapa Muda
Penggunaan air kelapa muda juga mampu melebatkan rambut bayi. Caranya dengan menyiram air kelapa muda secukupnya sambil melakukan urutan lembut pada kulit kepala bayi. Untuk hasil yang maksimum, lakukan secara rutin setiap pagi dan petang selepas mandi.

Cubalah salah satu petua di atas. Semoga memperoleh hasil yang diharapkan. Apa yang penting, semasa melakukannya, kita zikir kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Semoga beroleh barakah di atas apa yang kita lakukan. Insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab