Saturday, August 05, 2017

UJIAN KIFARAH DOSA?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji,
Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul. Tapi, 

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak. 

Dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah sudah berjanji,

INNA MA'AL USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita. Lalu adakah kerana DOSA?
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua. Adakah kerana DOSA?

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga. Adakah kerana DOSA?

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada. Adakah kerana DOSA ?
Bukan, bukan, bukan. Bukan kerana DOSA semata-mata

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.

ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita. 

Kerana ALLAH rindu airmata kita.

Indah bukan?

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Air mata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka. 

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.

Sebaiknya ambil wudhu', solat dua rakaat. Selepas salam, istighfar dan selawat.

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang. Bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh, terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku."

Allah itu ADIL
Allah itu PENUH KASIH SAYANG
Allah itu PENCIPTA kita

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

Warkah indah buat santapan rohaniku jua kupanjangkan untuk sahabat-sahabatku yang disayangi  & saudara-maraku  yang amat ku kasihi tersayang.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sumber : Telegram Taman Orang Soleh

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

2 comments:

  1. Thanks dear, entry mcm ni sangat menyentuh perasaan, dan thanks kerana saling mengingatkan..betullah, siala lagi nak uji kita selain Allah kan, dan kita mungkin tidak tahu kekuatan diri kalau tak melalui sebarang ujian...

    ReplyDelete
  2. Mmg betul. Bila diuji, banyak org menyangka ni adalah kifarah dosa nya yg lepas. Tp sbnrnya, itulah tanda Allah menyayangi dan ingatlah Allah takkan memberikan ujian yang tidak mampu di dukung oleh hambaNya...

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab