Monday, August 07, 2017

Perkenalan Di Media Sosial

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Zaman sekarang merupakan zaman media sosial. Sekurang-kurangnya seseorang ada akauab Facebook. Selain Facebook, kita ada media sosial lain seperti Twitter, Instagram, Pinterest dan lain-lain lagi.

Perkenalan juga sudah mudah. Hanya melalui media sosial ini saja. Walaupun tidak bersua muka, kita sudah boleh berkawan dengan siapa saja dan dimana saja. 

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir orang yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan media sosial ini. 

Jika ingin bersua muka dengan sahabat alam maya, mungkin boleh dipraktikkan beberapa langkah ini. Antaranya :

Ajak teman
Sebaiknya, ajaklah kawan perempuan atau adik-beradik yang paling rapat dengan kita menemani kita untuk bertemu kali pertama dengan rakan alam maya tersebut. Tetapkan pertemuan di tempat ramai orang seperti di tempat membeli-belah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Perhatikan gerak gerinya
Sekiranya dia kelihatan tidak selesa dan resah gelisah, berkemungkinan dia mempunyai niat yang tidak baik terhadap kita. Berhati-hati dan elakkan daripada meninggalkan teman kita sekiranya dia mengajak kita ke tempat lain untuk meninggalkan teman kita. Mudah baginya untuk melaksanakan tipu helah yang telah dirancang.

Kenali dirinya terlebih dahulu
Cuba buat beberapa panggilan video. Ataupun cuba dapatkan akaun Facebook, Twitter ataupun Instagram dia. Jika perkenalan melalui Wechat, lihat Moments yang dikongsikan. Lihat apa yang dikongsikan. Sekiranya terdapat banyak gambar ataupun status yang kurang menyenangkan, mungkin perlu kita pertimbangkan untuk tidak bertemu dengan dia.

Tanya pendapat orang lain
Beritahu rakan-rakan yang kita sedang berkawan dengan seseorang yang mungkin mereka kenali. Tanya pendapat mereka untuk mengelakkan kita berkawan dengan seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik kepada kita.

Perkenalan di media sosial ada pro dan kontranya. Namun begitu, berhati-hati dalam apa jua tindakan untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Wallahu'alam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: