AFB Feed

Tuesday, May 13, 2014

Selamat Hari Wesak

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Rasanya belum lambat lagi kot nak ucapkan Selamat Hari Wesak kepada mereka-mereka yang meraikannya.

Alhamdulillah, hari ini mama pergi Klang, ziarah kakak papa merangkap pulangkan buku Ahmad Ammar yang pinjam daripada kakak ipar.

Alang-alang dah sampai Klang, kami tak lepaskan peluang beriadah di Pantai Remis, Jeram. Perjalanan takla jauh sangat dari rumah kakak ipar, dalam lebih kurang 15 minit perjalanan.


Alhamdulillah, hari ini cuaca panas terik. 
Rasanya agak-agak rentung juga ni. Huhu

Seronok budak-budak walaupun hanya dapat main di hujung-hujung air saja.

Dah penat main tu, apa lagi, lentokla masing-masing dalam kereta semasa dalam perjalanan balik. Hehe


Insya Allah, ada rezeki kami jejak lagi tapi mungkin pantai lain pulak kot.

Bercakap tentang pantai, teringat yang mama ada hutang ye. Cerita Taiping tak story lagi. Sebab masa pergi Taiping, ada singgah pantai sebenarnya.

Adui. Serius, gambar yang ambik pon tak sempat belek lagi. Insya Allah, hujung minggu ni mama story mory ek pasal Taiping tu. Sori naik lori. Huhu

Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab