Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan Rejab. Akan diikuti dengan bulan Syaaban. Ramadhan, bulan keberkatan semakin menghampiri. Bulan Ramadhan juga diwajibkan berpuasa bagi umat Islam yang sudah baligh dan memenuhi syarat berpuasa.
Sudah bersediakah kita menghadapinya?
Kepada yang belum berkesempatan untuk menggantikan puasa tahun lepas, eloklah berbuat sekarang sementara masa masih ada lagi. Bukan apa, kalau bertangguh-tangguh, dibimbangi kita terlupa dan seterusnya terlepas untuk menggantikan puasa. Kan tak elok macamtu.
Bagus jika kita memulakan latihan berpuasa dari bulan ini. Sekurangnya, bila menjelang bulan Ramadhan nanti, tidaklah terkejut perut bila mula berpuasa. Masa itulah tiba-tiba munculnya penyakit gastrik. Kita juga yang susah nanti.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini. Insya Allah.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)