Allahuakbar!
Pagi-pagi lagi kita dikejutkan dengan berita kejadian kebakaran di pusat tahfiz di ibu negara yang mengakibatkan 23 mangsa termasuk pelajar dan warden pusat tersebut.
Mulanya MPA kurang percaya sikit. Almaklum, banyak sangat berita sekarang. Bila betul sahih, barulah MPA berani nak bercerita.
Allahuakbar! Sedih! Itu yang MPA dapat katakan. MPA sendiri sedih, apatah lagi ahli keluarga dan sahabat handai mangsa.
MPA ada terima juga gambar di tempat kejadian. Mulanya taknak bukak sebab takut mengerikan. Tapi akhirnya buka juga sebab rasa ingin tahu kuat sangat. Tapi lepas je bukak, terus delete. Harapnya kepada yang lain sila jangan forward ya.
Memang betul ianya sedih dan menyayat hati tapi ada aib mangsa disitu. Jika ada yang berkongsi mahupun forward dimana-mana laman sosial, kalau boleh delete, silakanlah delete. Kalau tak boleh, minta pihak yang lain untuk delete dan tidak terus sebarkannya. Bukan apa, kalau kita jaga aib orang, insya Allah, orang jaga aib kita.
Walaupun mungkin kita ni bukan ahli keluarga mangsa, marilah kita sama-sama mendoakan semoga ahli keluarga mangsa diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapinya. Buat mangsa, semoga syurga menanti buat mereka. Semoga urusan pengebumian mangsa-mangsa dipermudahkan. Insya Allah.
Wallahua'lam.