Tuesday, April 17, 2018

Kiosk MyEG sangat cepat dan mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Baru-baru ini MPA perlu baharui insurans dan roadtax kereta MPA. Puas juga MPA telefon beberapa syarikat insurans tapi MPA hanya mendengar suara komputer. Agak lama juga barulah dapat bercakap dengan manusia. Kalau dulu, MPA baharui insurans sekali dengan roadtax kereta. Tapi sekarang syarikat insurans yang MPA hubungi cuma tawarkan baharui insurans sahaja, untuk roadtax MPA perlu baharui samada di laman web MyEG, Pejabat Pos ataupun Pejabat JPJ yang berdekatan. Aduhai, lebih baik MPA baharui insurans dan roadtax kereta terus di Pejabat Pos, betul tak? Huhu

Foto kredit : Google

Alhamdulillah, nasib baik ada satu hari itu MPA jalan-jalan di pasaraya berdekatan dengan tempat tinggal MPA ini dan perasan ada kiosk MyEG. Terpandang ada tulis boleh baharui insurans dan roadtax. MPA ingat nak mencuba di Kiosk MyEG pula kali ini.

Terus terang MPA puas hati dan seronok berurusan di Kiosk MyEG ni sebab Kiosk MyEG sangat cepat dan mudah serta roadtax kita akan dapat pada masa tu juga. Mungkin sebab MPA berurusan pada waktu bekerja, itu yang kurang orang dan urusannya cepat. Tapi sebenarnya Kiosk MyEG ni juga beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum juga. Harapnya bukan hanya di Kiosk MyEG yang berhampiran tempat tinggal MPA ini sahaja yang beroperasi di luar hari bekerja.

Bagi mereka yang terlupa tarikh akhir roadtax terlalu dekat, ditambah dengan kesibukan rutin seharian, sememangnya MPA cadangkan kunjungi Kiosk MyEG berhampiran anda. Urusan amat menyenangkan dan memudahkan sebab semuanya akan selesai pada masa yang singkat sebab MPA yang pada masa baharui tu bawa Amir yang berumur 6 tahun dan Ain yang berumur 3 tahun rasa selesa dan cepat. 

Almaklum, umur anak-anak lingkungan 2 hingga 6 tahun sedang sibuk meneroka dunia sekeliling, tambahan pula Kiosk MyEG tersebut ada di pasaraya, risau juga kalau-kalau MPA terlepas pandang pada Amir dan Ain. Macam-macam kes daripada berita yang MPA tengok, ibubapa mana yang tak risau.

Sebenarnya bukan hanya boleh baharui insurans dan roadtax kenderaan sahaja di Kiosk MyEG ini, kita juga boleh melakukan pertukaran nama pemilik kenderaan, pembayaran saman kenderaan, personal accident (PA), Contractor All Risk (CAR), insurans kebakaran, dan pelbagai perkhidmatan lagi. Saranan MPA, cubalah Kiosk MyEG. Semoga ianya memudahkan dan menyenangkan pada anda juga.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: