بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketiga dan rasanya ramai mula terbiasa dengan keadaan semasa. Tapi tak mustahil juga ada yang mula rasa gelisah.
Anak-anak soleh solehah MPA sudah mula gelisah. Gelisah sebab perlu berkurung, tak boleh ke mana-mana walaupun ke rumah atok dan nenek mereka yang jarak lebih kurang 10-15 minit perjalanan saja. Bersabar dan bertabah ya anak-anak.
Sebenarnya bukan baru saja berlaku. Sejak zaman Nabi Nuh dulu pun ada berlaku juga, cuma dalam bentuk dan kaedah yang lain.
Jom baca perkongsian yang MPA peroleh daripada hasil perkongsian di grup Telegram :
Nabi Nuh a.s mengalami “lockdown” di dalam bahtera selama lebih dari 8 bulan bersama keluarga, umatnya & binatang-binatang.
👉 Hujan 40 hari 40 malam.
👉 Air bah menenggelami bumi selama 150 hari.
👉 Nuh menunggu selama 40 hari lagi karena bumi belum kering.
👉 Nuh menunggu 7 hari plus 7 hari lagi.
Total Hari: 244 hari (8 bulan lebih)
Apakah Nuh bosan?
Adakah Nuh takut?
Pastilah di luar banjir besar..
Tapi...
Dia tidak mengeluh sebab dia tahu, bahawa tinggal di dalam bahtera, Allah mahu menyelamatkannya dari badai besar. Allah melindunginya bersama keluarganya di dalam bahtera itu. Jika saja dia tidak taat, dia sudah binasa dengan semua orang di muka bumi. Ketaatan dan kepercayaannya terhadap perlindungan Tuhan telah menyelamatkan Nuh dan keluarganya. Lalu Allah membuat pelangi sebagai janji yang tidak akan memusnahkan manusia jahat lagi dengan banjir.
Oleh itu,
1. Sama seperti kita sekarang, Allah mahu kita diam di rumah saja supaya kita aman dari wabak besar ini.
2. Allah mahu kita percaya bahawa Dia melindungi kita, asal kita taat.
3. Jangan mengeluh tetapi harus bersyukur karena kita akan aman berada di dalam rumah.
4. Nuh tidak mengingkari janji Allah. Percayalah kita akan aman berada dalam lindungan-Nya.
5. Allah selalu menyertai kita.
semoga Allah memberkati kita semua, insya Allah.
Wallahua'lam
Lot's of love,