Friday, May 26, 2023

Renew Membership Mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Baru-baru ini Ummi pergi ke rumah sahabat Ummi. Rumah beliau ada security guard menjaga. Jadi, kena serahkan lesen memandu atau kad pengenalan untuk rekod. Bagi Ummi, Ummi prefer bagi lesen memandu.

Nak dijadikan cerita, baru Ummi perasan rupanya lesen memandu Ummi dah expired masa birthday baru-baru ini. Inilah penangan tak berapa nak periksa lagi-lagi lesen memandu sebab mentang-mentang renew untuk jangka masa yang lama. Sekarang lesen memandu boleh renew untuk 10 tahun, boleh lupa terus dibuatnya. Hahaha

Nasib baik tak kena denda cuma kalau nak renew setahun tak boleh. Kena renew lebih daripada setahun macam 2 tahun, 3 tahun dan seterusnya. Tapi tarikh expired tetap sama, pada hari lahir. Kesimpulannya, jangan seronok sangat hati berbunga-bunga pada hari lahir. Silalah semak lesen memandu dan yang sewaktu dengannya juga. Takut-takut expired rupanya. Sila jangan tiru aksi ini ya. Huhuhu

Selain lesen memandu, renew membership Shaklee juga pada hari lahir juga. Cuma untuk renew membership Shaklee, senang sangat. Hanya beli apa-apa produk Shaklee dalam masa 3 bulan sebelum atau selepas tarikh expired ataupun senang ingat, tarikh lahir kita. Maksudnya tak ada yuran keahlian tahunan. 

Kebetulan 3 bulan sebelum expired membership Shaklee Ummi, ada customer nak beli ESP dan Omega. Alang-alang, renew membership Shaklee sekali la jawabnya. Dekat web Shaklee, akan ada reminder yang membership akan expired. Bila membeli, klik saja bahagian renew membership. Tiada kos dikenakan. Senang cerita!

Kalau kalian nak sertai keluarga Shaklee yang renew membership mudah sangat ni, boleh klik sini 👉https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1265902 .

Tapi kalau kalian perlukan bantuan Ummi ataupun nak sembang-sembang lagi tentang Shaklee dengan Ummi, terus saja tekan sini 👉 http://byciksaw.wasap.my.

Ummi akan bantu sebaik yang boleh. Insya Allah.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: