Syawal bakal berakhir. Rumah terbuka makin banyak. Yang pasti, nak ke mana-mana, jalan agak sesak. Tambah dengan cuaca panas sekarang ini. Memang mencabar.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita bulan puasa bukan pada waktu sekarang ini. Sangat mencabar buat anak-anak yang baru nak berlatih puasa. Benarlah Allah juga yang tahu segala yang terbaik buat kita.
Untuk beberapa hari yang berbaki di bulan Syawal ini, Umie tengah marathon puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sayang sebab Umie dah puasa 4 hari, tinggal 2 hari saja lagi. Walaupun panas, redah jela. Yang tengah marathon puasa 6 juga sekarang ini, semoga berjaya. Yakin boleh!
Banyak sangat hadiri rumah terbuka haritu, dengan ditambah makan sedap-sedap tahap susah nak tolak, seram nak naik penimbang. Di harap dengan puasa ni, dapatlah bantu turunkan berat balik sebab bila berat naik, antara masalah Umie adalah sakit kaki, terutama bangun awal pagi. Rasa macam dicucuk duri. 😭
Haritu masa bulan puasa, Umie ambil Set Hello New You. Kebetulan ada promo, inilah masanya.
Umie ada masalah sembelit. Alhamdulillah, sejak ambil Set Hello New You membuang memang lawas. Anak pun tegur juga nampak Umie kurus sikit. Hehehehe. Sukanya 😍
Hello New You Set ada :
💝 Cinch : bantu kurangkan nafsu makan dan beri kenyang lebih lama.
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)