Alhamdulillah ala kulli haal. Selamat berhujung minggu.
Alhamdulillah, hari ini kami akan didatangi tetamu dari Johor. Alhamdulillah, sepupu nak datang ziarah abah Ummi yang kurang sihat sekarang ni. Semoga dimudahkan perjalanan kalian dan selamat sampai ke destinasi.
Sahabat-sahabat yang akan menziarahi atau ke mana-mana di hujung cuti sekolah sekarang ni, semoga selamat sampai ke destinasi. Banyakkan juga minum air. Cuaca panas sungguh sekarang ini kan.
Nampak macam susah tapi sebenarnya tak mustahil nak capai. Cuma kena cari ilmu, usaha dan doa banyak-banyak.
Ummi sendiri pun akui kadang-kadang terbabas juga. Tapi bila duduk sorang-sorang, fikir dan refleksi balik, baru tersedar silap sendiri. Allahu 😭
Ummi banyak nak kena belajar. Banyak yang nak kena baiki. Dan banyak nak kena beringat sendiri.
Ummi pernah masuk kelas PMC anjura Bonda Prof Muhayya. Alhamdulillah, banyak membantu. Tapi nak kata 100% berubah, belum lagi. Masih tengah berusaha lagi.
Doakan ya Ummi dapat jadi insan seperti kata-kata motivasi kat atas ni. Sebab orang tenang selalu menang. Semoga doa yang sama berbalik kepada kalian juga. Insya Allah 🤲🏻
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)