Saturday, February 10, 2024

Selamat Tahun Baru Cina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : Facebook Lab Prompter Malaysia

nónglì xīnnián kuàilè
农历 新年 快乐
Happy Lunar New Year
Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan limau mandarin. Banyak ke kalian dapat limau mandarin tahun ini?

Teringat Umie dulu pernah bekerja dengan syarikat Cina. Bila dekat dengan musim Tahun Baru Cina, memang sibuk sikit nak uruskan pembukaan syarikat. Tradisi masyarakat Cina, pada hari pertama pembukaan syarikat mereka di tahun baru, bos besar yang akan buka syarikat dan selalunya ada aktiviti jamuan makan dan tarian naga.

Semestinya dalam jamuan makan, ada disediakan yeesang, makanan tradisi masyarakat Cina. Bos dan pekerja akan saling menggaul yeesang tadi dan makan bersama-sama. Yeesang yang bos Umie selalu tempah terdiri daripada sayur-sayuran saja cuma jujur, Umie kurang minat dengan yeesang ini. Huhu

Untuk seronok-seronok, kadang-kadang ada kawan-kawan sekerja Umie bawa anak-anak mereka. Beruntung sangat mereka dapat duit raya, termasuklah yang masih bujang lagi. Yang jadi mak ayah ini, mampu melihat saja sebab bagi masyarakat Cina, selagi belum berkahwin, masih boleh dapat angpow. Best kan?

Tapi bila bermulanya tarian naga dalam pejabat, ada sebahagian anak-anak yang akan menjerit menangis sebab takut. Dengan bunyi yang agak kuat juga dan naga yang bergerak-gerak, memang agak menakutkan anak-anak. Jadi kami akan bawa anak-anak jauh sikit daripada pejabat supaya anak-anak boleh bertenang. Hehe

Semestinya, selain yeesang, limau mandarin menjadi tumpuan ramai sebab selalunya setahun sekali saja akan jumpa limau mandarin ini, selain dengan pelbagai saiz. Yang menariknya, selalu pihak pembekal akan hantar sekotak dua pada kami. Tapi bila banyak sangat yang bagi, kembung perut juga makan limau mandarin hari-hari. Hahahaha

Seronok bila kita banyak bergaul dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Banyak boleh belajar antara sesama kita. Sedikit sebanyak kita faham dan hormat di antara satu sama lain. Sebab itulah kita boleh berdamai dan duduk bersama-sama tanpa berbalah walaupun berlainan kaum, etnik, bangsa dan kaum. Semoga nikmat kemakmuran dan perpaduan yang wujud ini berkekalan hingga ke anak cucu cicit kami. Insya Allah

Fi amanillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share: