Monday, September 09, 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum


Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.
Jom kita bersegmen...

Share:

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^ 

Jom cuba luck kita lagi. Manala taukan, tuah manusia Allah sahaja yang tahu.

Share:

Saturday, September 07, 2013

Alamak!!

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Semalam aku dah keluar dari rumah nak pergi kerja, tiba-tiba teringat ada tertinggal barang. Selalu tertinggal barang kalau tak penting sangat, detik hati aku just kata takpela, esok-esok boleh bawak. Tapi semalam detik hati kata patah balik, ambil barang tu dan rasa cam berat je nak pergi kerja. Elok je patah balik dan ambil barang tu,  belum lagi keluar rumah, dah dengar suara yang budak kecik. Eh, Amir ni.
Terus aku meluru tengok Amir. Amir dah ada di pangkuan nenek dia menangis sambil semua orang termasuk atok dan ucu tengok kaki dia. Rupanya dia terpijak lebah. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung bila dapat tahu dia terpijak lebah. Aku nampak lebah tu dan Alhamdulillah, tak terlintas langsung nak apa-apakan lebah tu. Dah tertulis nak kena, elak macamana pon mesti kena jugak kan?
Disebabkan atok dan nenek Amir rabun dekat manakala Ucu tengah bersiap nak pergi sekolah, aku la yang belek kaki dia dan cabut bisa lebah tu. Sekilas aku tengok lebah tu bukan yang hitam kuning tu, kaler ala-ala hitam gitu. Kata atok Amir, yang ni lebah bunga, kurang sikit bahaya nya tapi tetap kena waspada. Yang warna hitam kuning tu lebah madu, yang tu bahaya sebab boleh attack jantung. Sebab aku pernah kena 6 das masa mula-mula khawin dulu sampai kena marah dengan doktor sebab lambat jumpa doktor. Huhu
Tak tergerak pon dalam hati nak amik gambar lebah tu sebab memikirkan Amir segalanya masa tu dengan harapan dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Amir memang kalau menangis berjujuran air mata lebih-lebih lagi ni kan sakit. On the spot, aku terus SMS kawan sekerja yang aku terpaksa EL sebab Amir terpijak lebah. Mintak maaf ye, keluarga lebih utama dari urusan kerja. Kesian pulak pada nenek Amir nak jaga Amir in case Amir demam dan kaki bengkak, susah nak jalan. Tau jela ragam budak kecik, apa-apa nangis je nanti. Tak pasal-pasal stress lak nenek Amir.
Aku pon dari malam semalam tak berapa sihat, kena hujan masa pergi kerja. Malamnya dah start selsema. Semalam dah full package, selsema + sakit tekak + batuk. Demam je belum lagi. Alang-alang aku amik ubat aku sekali.

Alhamdulillah, dah bawak Amir pergi klinik dan doktor ada bekalkan ubat alahan dan gatal untuk Amir. Dia pon tak demam cuma tapak kaki bengkak sikit. Nampak dia jalan macam terencut-encut sikit. Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur padaMu Ya Allah. Ni dia tengah tidur, lena betul sebab paginya pukul 5.30 pagi dah bangun. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya Allah. aamiin
Wallahua'lam
Share:

Friday, September 06, 2013

Syawal pon berakhir

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, harini kalau tak salah hari terakhir bulan Syawal kan? 
Mudah-mudahan kita diberi rezeki dan jodoh untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
Kepada yang berjaya puasa sunat 6 dalam bulan Syawal ni, Alhamdulillah, tahniah.
Kepada yang tidak berjaya, kita doa sama-sama semoga diberi kesempatan untuk bertemu dan melaksanakannya pada Syawal tahun hadapan.
Alhamdulillah, aku berjaya tahun ni puasa sunat 6 dalam bulan Syawal.
Cuma khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan je tak berjaya tahun ni.
Insya Allah, jika diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun hadapan, aku mesti cuba jugak, ni cita-cita aku. Insya Allah.
Korang masih dapat jemputan rumah terbuka lagi?
Aku masih ada, 3 untuk minggu ni.
Hari Sabtu, 2 tempat; hari Ahad, 1 tempat.
Walaupun Syawal dah berakhir, semangat rumah terbuka masih lagi berlangsung.
Diharap tiada pembaziran terjadi. Insya Allah
Aku mendoakan kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan untuk sama-sama kita melaksanakan ibadah-ibadah untuk saham akhirat kita, insya Allah, aamiin.
Wallahua'lam

Share:

Thursday, September 05, 2013

Menu harini

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, pagi ni hujan rahmat dari Allah. Sejuknya tok sah kata la lebih-lebih lagi kerja dalam suasana ber'air-cond'. Rasa nak beku semacam je ni. Sejuk-sejuk ni layan sup-sup untuk lunch best gak kan?

Alhamdulillah, harini berjalan sikit cari mihun tomyam. Alhamdulillah, nasib baik ada rezeki, ada harini. Sampai-sampai, terus sambar tu jela. Tak pandang lain dah. Hehehe

Okla, selamat berehat dan selamat menjamu selera.

Share:

Wednesday, September 04, 2013

Fire Drill Exercise


Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum



Insya Allah harini tempat mama kerja ni nak buat fire drill exercise. Patutnya minggu lepas. Dalam kol 3.45 ptg macamtu, hujan la plak. Kali ni ramai yang tak tau sebab tak nak jadi macam tahun lepas, ramai sangat yang tahu, awal-awal dah turun dulu. Tak aci. Huhu

2 tahun lepas mama dapat exemption sebab pregnant Amir. Hehe. Best je tengok orang ramai jalan berduyun-duyun. Siap lenggang kangkung ke check point. Kalau kebakaran betul, takdenye macam tu. Hehe

Macam biasa, alarm trigger dan semua mesti kosongkan office. Turun bangunan mesti ikut tangga sebab roller shutter dah tutup & lif terus turun bawah. Dapat agak la kan kenapa orang siap-siap turun bawah kalau fire drill exercise nak mula. Semua orang exercise turun tangga. Turun takpe, kalau naik, meraung semua especially tingkat tinggi-tinggi. Betul kan?

Nasib baik office mama tingkat 2 je tapi mengah jugak kalau suruh naik tangga.

Tadi tu baru turun tangga kumpul kat checkpoint yang boleh tahan la jauhnya. Huhu.

Dah check semua ada, patah balik office semula. Yang ni satu bab lagi. Faham jela kalau satu bangunan 22 tingkat office ni je dah berapa ramai stafnya, ini lagi la 3 bangunan yang mana dua bangunan 22 tingkat office dan satu bangunan 18 tingkat office. Memang terbaik la kan ramainya. Bab nak balik semula office ni yang leceh sebab lif confirm penuh. Jadi cara terbaik, cabut balik dulu la. Hehehehe

Apa-apa pon, it's a very good exercise for everyone. Hehehe

Wallahua'lam
Share:

Tuesday, September 03, 2013

Alhamdulillah...syukur

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini dapat berita gembira. Saya cuma bergembira dengan berita sahabat-sahabat saya. Hehe

Alhamdulillah, sahabat saya masa belajar dulu dah disahkan hamil. Berapa bulan tak pasti la. Hamil untuk anak ke-3. Untuk pengetahuan, sahabat saya ni orang ke-2 nikah diantara sahabat-sahabat perempuan saya masa belajar dulu. Alhamdulillah, dah lama dia impikan sebab anak ke-2 dia dah besar, kalau tak salah 4 tahun.

Alhamdulillah, sepupu saya belah mak pun hamil juga tapi anak ke-4. Sama juga, saya tak tahu dah berapa bulan. Pon sama, anak yang no-3 dah 4 tahun, kalau saya tak salah la. Hehe

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Seronok tau dengar orang dekat-dekat kita hamil. Rasa kita yang terlebih excited. Ni yang buat rasa nak hamil ni sebab banyak kelebihan. Hehe. Antaranya pahala yang menyamai orang yang berjuang di jalan Allah.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang sedang hamil agar tabah dan sabar menghadapi tempoh kehamilan dan kelahiran.

Wallahua'lam.

Share:

Monday, September 02, 2013

Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
..:: Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga ::..

1. Seorang isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH)

4. Seorang isteri yang tetap berpegang teguh manjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang isteri yang selaly memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan satu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tiada di rumah.

9. Seorang isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada di depan suami.

10. Seorang isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyuman agar suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A Abdurrahman Ahmad)

Share: