AFB Feed

Friday, September 06, 2013

Syawal pon berakhir

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, harini kalau tak salah hari terakhir bulan Syawal kan? 
Mudah-mudahan kita diberi rezeki dan jodoh untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
Kepada yang berjaya puasa sunat 6 dalam bulan Syawal ni, Alhamdulillah, tahniah.
Kepada yang tidak berjaya, kita doa sama-sama semoga diberi kesempatan untuk bertemu dan melaksanakannya pada Syawal tahun hadapan.
Alhamdulillah, aku berjaya tahun ni puasa sunat 6 dalam bulan Syawal.
Cuma khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan je tak berjaya tahun ni.
Insya Allah, jika diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun hadapan, aku mesti cuba jugak, ni cita-cita aku. Insya Allah.
Korang masih dapat jemputan rumah terbuka lagi?
Aku masih ada, 3 untuk minggu ni.
Hari Sabtu, 2 tempat; hari Ahad, 1 tempat.
Walaupun Syawal dah berakhir, semangat rumah terbuka masih lagi berlangsung.
Diharap tiada pembaziran terjadi. Insya Allah
Aku mendoakan kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan untuk sama-sama kita melaksanakan ibadah-ibadah untuk saham akhirat kita, insya Allah, aamiin.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab