AFB Feed

Wednesday, September 04, 2013

Fire Drill Exercise


Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum



Insya Allah harini tempat mama kerja ni nak buat fire drill exercise. Patutnya minggu lepas. Dalam kol 3.45 ptg macamtu, hujan la plak. Kali ni ramai yang tak tau sebab tak nak jadi macam tahun lepas, ramai sangat yang tahu, awal-awal dah turun dulu. Tak aci. Huhu

2 tahun lepas mama dapat exemption sebab pregnant Amir. Hehe. Best je tengok orang ramai jalan berduyun-duyun. Siap lenggang kangkung ke check point. Kalau kebakaran betul, takdenye macam tu. Hehe

Macam biasa, alarm trigger dan semua mesti kosongkan office. Turun bangunan mesti ikut tangga sebab roller shutter dah tutup & lif terus turun bawah. Dapat agak la kan kenapa orang siap-siap turun bawah kalau fire drill exercise nak mula. Semua orang exercise turun tangga. Turun takpe, kalau naik, meraung semua especially tingkat tinggi-tinggi. Betul kan?

Nasib baik office mama tingkat 2 je tapi mengah jugak kalau suruh naik tangga.

Tadi tu baru turun tangga kumpul kat checkpoint yang boleh tahan la jauhnya. Huhu.

Dah check semua ada, patah balik office semula. Yang ni satu bab lagi. Faham jela kalau satu bangunan 22 tingkat office ni je dah berapa ramai stafnya, ini lagi la 3 bangunan yang mana dua bangunan 22 tingkat office dan satu bangunan 18 tingkat office. Memang terbaik la kan ramainya. Bab nak balik semula office ni yang leceh sebab lif confirm penuh. Jadi cara terbaik, cabut balik dulu la. Hehehehe

Apa-apa pon, it's a very good exercise for everyone. Hehehe

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab