Sunday, August 23, 2015

Merundum

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Apala yang merundum ni yer. MPA ni la yang merundum. Bukan setakat merundum, jatuh tergolek-golek lagi. Penangan sakit buatan orang. Nak buat camne.

Sumber : Google

Bukan MPA merungut cuma bila dah berbadan dua ni, untuk yang kali ini, memang begitu kuat menguji dan menduga. Tapi MPA ambil ia daripada sudut positif. Kata mak MPA lain budak, lain pembawakannya. Betul la tu kot. Alhamdulillah, suami MPA faham dengan keadaan MPA dan selalu bagitau, "Agaknya, Allah uji sekarang sebab masa bersalin nanti Dia nak mudahkan kot".

Banyak betul yang MPA terlepas dan ter'miss'. Dapat tengok kat Fb tu pon kejap-kejap je. Alhamdulillah, tau juga la sikit-sikit perkhabaran sahabat-sahabat.

Kepada yang merindui MPA (ada ke ek?...hihi), MPA merindui kalian juga. Hehe

Okla, MPA tak berani nak berjanji tapi akan cuba sedaya upaya update blog MPA yang dah berhabuk tahap boleh buat bedak dah ni. Hehe

See u soon. ^_^
Share:

Wednesday, May 13, 2015

Wednesday, May 06, 2015

Tuesday, May 05, 2015

Blog yang bersawang

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Aduhai, rindunya pada blog ini.
Sampai bersawang ditinggalkan tuan tanah.
Sumber : Google

Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun tuan tanah 2-3 bulan ni tenggelam timbul. 2 minggu lepas MPA ada up gambar Misteri Kehilangan Terurai
Misteri la sangat kan. Bukan misteri apa pun, MPA melayan diri dan alahan yang ada. Alhamdulillah, Insya Allah, Amir bakal menjadi abang. Abang long kawasan la gamaknya sebab dia cucu sulung dalam keluarga MPA.

Untuk pengetahuan semua, alahan MPA kali ni memang agak berat sikit berbanding masa mengandungkan Amir dulu. Masa Amir dulu, steady jer. Yang kali ni, macam-macam pulak ragamnya. Biasalah, lain budak, lain ragamnya.

Untuk yang kali ini, MPA memang kurang sangat layari media sosial termasuklah blog tersayang ini, facebook dan instagram. Bukan itu saja, semua yang berkaitan dengan internet pun MPA boleh rasa nak muntah. Hatta, nak baca perkembangan diri dan baby kat Babycenter pon MPA tak boleh.

Kali ini, MPA makan sekadar alas perut saja. Kalau lebih, alamatnya dikeluarkanlah balik semua. Yang agak parah, kali ni MPA tak lalu minum susu. Boleh minum, tapi sikit saja. Kalau lebih, memang keluar balik. 

Takpelah, bersabar sajalah. Allah nak bagi rezeki, Dia uji dulu hambaNya, samada bersyukur atau merungut. Tidak semua diberikan rezeki yang sama. Bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada.

Kepada sahabat semua, MPA akan slowly BW blog sahabat semua tapi akan makan masa. Kepada yang MPA berjanji hadiah tu, insya Allah, MPA akan tunaikan dalam masa terdekat ni. MPA tidak akan selalu bercerita tentang perkembangan diri MPA untuk mengelakkan terasa hati di kalangan sahabat-sahabat MPA. Semoga sahabat-sahabat MPA diberikan rezeki yang sama seperti MPA kepada yang belum diberikan lagi. Insya Allah.

Share:

Wednesday, April 22, 2015

Wednesday, April 08, 2015

Wednesday, April 01, 2015

Tuesday, March 31, 2015

Laman web KPDNKK

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Rasanya ramai yang ada dapat sms melalui Whatsapp berkaitan harga minyak akan naik lagi. Ada yang mengatakan rujukan daripada laman web KPDNKK. MPA pon bukakla laman web tu. Yang ada harga minyak untuk bulan March 2015. Tak tau la pulak kalau dah up, pastu ditarik balik. Tapi setakat yang MPA bukak masa entri ni ditaip, takde la pulak pasal  harga minyak untuk bulan April 2015.

Setakat masa entri ni ditaip ya.

MPA bukan apa, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Nak percaya sesuatu bulat-bulat malah nak menyampaikannya, mestilah berhati-hati. Bukan bermaksud nak menyekat sesuatu maklumat, tapi biarlah ianya daripada sumber yang betul dan sahih. Bimbang kita akan menjadi punca tercetusnya fitnah mahupun keadaan yang tidak aman. Kan nanti kita juga yang susah.

Di laman web yang sama, MPA ada ternampak Panduan Harga Pengguna. Saja MPA klik. Terkeluarla paparan ni.



Macam-macam eBook ada. Boleh jadi bahan rujukan. Macam-macam eBook ada.

Jomlah kita layan sat laman web KPDNKK. ^_^

Share: