Pejam celik pejam celik dah setahun setengah dah anak mama Amir sorang ni...dah besar dah dia...sedar tak sedar cepatnya masa berlalu...macam-macam dah kami lalui bersama...rasa macam tak puas je bila bersama dengan dia...bangun pagi ni, Amir pon bangun sekali...memang jadual dia setiap pagi teman atok hantar usu pergi sekolah...padanla semalam dia tak berapa sihat, nak tukar bulan rupanya...
Apa-apa pun, mama doakan semoga Amir menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala laranganNya, menjadi kesayangan penduduk di langit mahupun di bumi serta dapat membawa mama dan papa ke syurga Allah...insya Allah...aamiin...
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)