Saturday, August 24, 2013

Anakku Amir

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Anakku Amir,
Mama dan papa bukan orang berada
Dan juga bukan orang senang

Mama dan papa selalu tinggalkanmu
Semata mencari sesuap nasi
Untuk membesarkanmu

Mama dan papa jarang membawamu keluar
Kerana kesibukan yang memerlukan kami

Mama dan papa tidak mampu
Melimpahkanmu dengan kekayaan harta
Namun
Mama dan papa mampu
Melimpahkanmu dengan kekayaan kasih sayang
Dan kekayaan adab dan akhlak
Yang tidak akan habis dimamah usia
Andai tembok yang melingkari
Berdasarkan iman dah takwa
Hanya kepada yang SATU
Mama dan papa pinta padamu anakku
Jadilah anak yang soleh
Yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya
Menjauhkan diri daripada laranganNya
Andai ditakdirkan tidak berjaya di dunia
Jangan gusar
Jadilah insan yang berjaya di akhirat
Andai ditakdirkan menjadi musuh kepada manusia
Jangan khuatir
Jadilah kesayangan kepada Ilahi
Hanya itu pinta kami
Nukilan mama Amir
Share: