Friday, August 09, 2013

Hari Raya Ke-2

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamscdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam kami sempat ziarah saudara di Kuala Selangor sebelum kami singgah di rumah embah papa, Sabak Bernam. Semua adik beradik papa dah berkumpul dan kami yang terakhir sampai.

Sepanjang jalan cuaca panas terik. Perit rasa terkena kulit.

Kononnya, dalam malam sikit nak balik Bagan Datoh. Tapi nak dijadikan cerita, kereta kami breakdown. Nasib baik ada pomen kawan paman papa. Dan nasib baik harini, raya ke2, ada kedai spare part bukak. Kalau tak, mau kena berkampung kat Sabak Bernam.

Tapi ada hikmah semua ni. Yela, dah lama sangat kami tak tidur rumah embah. Jadi, kesempatan yang ada ni, kami tidurla satu malam kat rumah embah.

Lepas Solat Jumaat baru siap kereta. Jadi, barulah boleh dapat berjalan. Kesian kat Amir tengok sepupu2 dia pergi beraya tapi dia kena tinggal.

So, perjalanan diteruskan ke Teluk Intan, rumah makcik papa pastu barula ke Bagan Datoh, rumah papa. Semoga selamat dan dipermudahkan.

Wallahua'lam

Share: