Sunday, October 26, 2014

DAY 4 : 10 Favourite Artists

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Credit to +CT Humairah 

Ok, mama teruskan cabaran DAY 4 : 10 Favourite Artists

1. UNIC
Ni alkisah zaman belajar dulu, memang minat dorang ni.
Sampai sekarang minatnya, terutama lagu Bintang Syurga.
Liriknya pon best.



2. Nowseeheart
Yang ni sebab masa tu ada Faizal Tahir...Part tarik memang best la kan..
Lagu yang minat lagu Damai Yang Hilang..Masa tu tengah krisis di Ambon...
Tak sure ramai ke yang tau pasal krisis di Ambon tu..Lagu tu memang terkesan...

3. Saujana
Boleh dikatakan mama terinspirasi masa belajar dulu daripada kumpulan nasyid Saujana ni...
Apa taknya, masa tu masing-masing sambung belajar dalam bidang yang best...
Antaranya perubatan la, engineering la...Tapi lagu dorang pon best...
Mama minat lagu Keluarga Bahagia...kalau ada pertandingan nasyid, mesti majoriti bawak lagu ni

4. Linkin Park
Aik, dari nasyid terus ke Linkin Park tu. Tak agak-agak yer..
Sebenarnya, mama minat lagu-lagu lama mereka, masa awal kemunculan mereka time tarik yang best-best tu...sekarang dah kureng dah tariknya lepas vocalist dorang kene operate dulu...
Lagu yang best pada mama Numb & Somewhere I Belong...
Cuba baca lirik mereka, sebenarnya lirik mereka yang mama minat..kita ambil dari sudut positif ok..
Ambil yang baik yer...

5. Mariah Carey
Dia ni baru je buat konsert kat Malaysia kan?..Lama sangat dah mama tak ikuti perkembangan dia ni..Setakat gitu-gitu jer...Nak ikut secara details, memang tidak ler..
Lagu yang mama minat lagu Butterfly dan Through The Rain.
Lirik lagu Through The Rain tu semacam pemberi semangat kepada kita untuk menghadapi cabaran hidup walau apa jua yang mendatang sebab kita sendiri yang mesti tentukan hala tuju dan perjalanan hidup kita. Ni antara lirik lagu ni :

And when the rain blows, as shadows grow close
Don't be afraid, there's nothing you can't face
And should they tell you, you'll never pull through
Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain, I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

6. Boyzone
Haha...kalau grup ni, rasanya ramai kot minat...mama minat lagu yang dengan Mr Bean tu, Picture of You...cam comel jer...Lirik pon menarik...

7. Backstreet Boyz
Hahaha...grup ni pon masa mama membesar..kalau dengan grup ni, mesti banyak lagu yang minat...zaman dolu-dolu...
Antara yang lagu yang minat sampai sekarang lagu Spanish Eyes.

8. Najwa Latif
Mula-mula kewujudan blog mama, mama ada letak lagu Adamu daripada Najwa Latif...
Best lagu ni...rilek dan santai...ada pesanan yang diketengahkan...

9. Ustaz Kazim Elias
Aik, bole pulak terselit?..bole la ek sebab mama memang minat pada penyampaian Ustaz Kazim ni...Rilek, santai, disamping terkena batang hidung walaupun kelakar...Kalau Selasa malam pukul 7.30 malam, memang mesti tengok Kalau Dah Jodoh...jarang miss...tapi disebabkan ada Astro, kalau ter'miss', boleh tengok balik...

10. Ustaz Harryanto Rizal
Yang Ustaz Harryanto pulak, mama minat sebab kelakar pon kelakar, cumanya dia takde nyanyi-nyanyi la...Rileks dan santai...selalu pagi-pagi, layan TV Al-Hijrah sebelum pergi kerja...dia ada dalam Cinta Ilmu daripada pukul 6.00 pagi sampai 6.45 pagi...

Sebenarnya banyak lagi tapi dah mintak 10 je kan, jadi kita ikutkan jela ek..
Mostly mama minat disebabkan lirik lagu mereka...

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :
DAY 1 : 10 Mom's Best Dishes
DAY 2 : Favourite Phone Applications
DAY 3 : 10 Favourite Youtube Channels

Share: