Cabaran diteruskan lagi...Aish, kes Oktober dah tinggal esok hari je lagi nih...hehe
DAY 6 : 10 Things That You Want To Buy
1. Rumah
Tapi idak ler umah sebesar ini...tidak ler teman mampu uish...
Comel-comel pon bole, asalkan selesa dan boleh beribadah...^_^
2. Kereta Vellfire
Yang ini memang berangan beli jer...maintenance pon mau berpeluh-peluh...
Tapi kalau dapat, bestnya dapat bawak ramai-ramai g jalan-jalan kan???
3. Mesin Jahit
Mama memang minat jahit. Sejak kami kecik, baju kurung memang mak jahit sendiri, baik baju raya mahupun baju sekolah. Alhamdulillah, kalau baju kurung untuk mama, dah boleh buat sendiri. Tapi kalau nak beli mesin jahit, kalau bole nak yang ada sulam sekali. Setakat, kalau nak bersulam, kena hantar ke orang minta tolong sulamkan. Ada sendiri kan best, bole buat sendiri dan pilih sendiri. Hehe
4. Tanah
Kalau ada tanah kan best, bole bercucuk tanam, berbudi pada tanah.
Kalau tanam pokok buah-buahan, ada hasil, bole kasi anak cucu merasa hasilnya.
Ada lebih, boleh la berbagi kepada orang lain kan??
5. Kamera DSLR
Kamera digital dah ada tapi kalau dapat kamera DSLR tu, lagi la best.
Bole la belajar-belajar amik gambar cantik-cantik. Hehe
6. Pawagam Mini
Haha..berangan lebih kan?
Dah ada ni, dah tak payah sibuk-sibuk nak beli tiket g tengok cite kat wayang.
Astro kan ada cerita-cerita baru, layan jela. Tak pon cerita lama tengok balik pon best kat sini. Hehe
7. Rumah tepi pantai
Wah!...rumah lagi.
Ni kire ala-ala rumah percutian, in case nak bercuti, dah ada tempat dah.
Dapat rumah tepi pantai, sesekali balik, seronoknya.
Siang bole main pasir pantai, malam pulak buat berbeque, bakar-bakar.
8. Lot Kedai
Ingat tak kat entry sebelum ni mama ada cerita nak bukak seakan mini library.
Kalau tak ingat, bole klik kat SINI.
Ada rezeki, bole la buat apa yang mama impikan dan cita-citakan.
9. Buku
Ai, dah nak buat mini library, tak kan takde pape pulak kot.
Dah nama mini library, kena la beli buku, ye tak?
Buku bukan setakat novel je, ada la juga buku ilmiah.
Kira macam-macam ada.
10. Masa & Kasih Sayang
Ok, kenapa mama pilih Masa & Kasih Sayang untuk yang ke-10?
Sebab mama tau, takde sape boleh beli 3 ni kan?
Kalau mama bole beli masa, mama akan luangkan banyak masa untuk keluarga mama terutama papa & Amir, almaklum mama kan bekerja. Masa dengan mereka amat terhad.
Kalau mama dapat beli kasih sayang, mama nak sedekahkan pada sesiapa yang kekurangan kasih sayang agar takde lagi yang rasa tersisih.
Walau apapun, mama bersyukur dengan apa yang mama nikmati pada masa ini. Alhamdulillah.
Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :