Terima kasih +hidayu ayumie sebab sudi tag mama untuk liebster award kat SINI
Jom kenal-kenal dulu dengan +hidayu ayumie ni sebelum mama jawab soalan misteri dia. Hihi
Nak kenal, jom klik banner dia kat bawah ni.
Ok, masa untuk menjawab soalan Puan +hidayu ayumie kita ni :
1. Nama penuh, gelaran dan tarikh lahir
Nama penuh mama, Siti Aminah binti A Wahab...disebabkan saya anak yang sulung, jadi gelarannya Kakak @ Along...mama lahir pada 26 Februari 1982...dah tua dah...^_^
2. Asal kelahiran, tempat membesar dan kini menetap di?
Asal kelahiran kat Johor Bahru, tapi membesar dan menetap di Cheras, Selangor sampai sekarang.
3.Status? (bujang/berkahwin,bilangan anak jika ada)
Alhamdulillah, dah berkahwin dan ada anak bujang seorang.
4. Apa yang membuatkan diri rasa dihargai dan disayangi?
Cukuplah menghargai saya dengan kata-kata, tak perlu hadiah-hadiah...tapi kalau ada, rezeki jangan ditolak..hehe
5. Makan & minuman kesukaan,kenapa?
Makanan kesukaan nasi ayam sebab cepat siap, minuman pulak air honey lemon sebab rasa masam dan manis bergabung...sedap kalau suam-suam...ehhehe
6. Hobi atau aktiviti masa lapang?
Dulu sebelum ada anak, suka baca buku novel...tapi sejak dah ada anak ni, lebih suka samada main dengan anak, ataupun baca buku berkaitan keibubapaan...
7. Bekerja/pelajar? Nyatakan.
Alhamdulillah, mama bekerja biasa-biasa jer, kerani kecil-kecilan...hehe
8. Tempat pengajian (tadika,sek rendah,sek menengah,IPTA/IPTS)
Sekolah tadika, mama sekadar sekolah tadika KEMAS je...
Sekolah rendah mulanya Darjah 1 sekolah kat Sekolah Rendah Sungai Serai, Hulu Langat,
pastu start Darjah 2, pindah ke Sekolah Rendah Taman Cuepacs sebab dekat sikit...
Sekolah menengah pulak dari Tingkatan 1-3, mama sekolah kat Sekolah Menengah Perimbun;
pastu ada rezeki sikit, sambung Tingkatan 4-5 kat MRSM Muar...jauh banyak...
Alhamdulillah, dapat rezeki sambung belajar kat UTM Skudai, Johor...
Gitulah alkisahnya...banyak sangat sekolahnya...
9. Anak ke berapa dari berapa orang adik beradik?
Macam yang jawab kat soalan no. 1 tadi, mama anak yang sulung daripada 4 orang adik beradik...
10. 3 Perkara yang boleh buat diri korang rase naik angin?
Perkara yang buat naik hangin :
1. Belum abis cakap lagi, dah letak telefon : yang ni terasa telinga macam keluar asap jer...kalau bateri habis, boleh ampun lagi...tapi kalau memang saja-saja...satu badan hangin
2. Main kepala : yang ni memang pantang, pantang kena dan pantang nampak...kalau nampak, memang boleh terus sound...serius, memang tak suka
3. Bila dipersalahkan atas benda yang tak buat : memang hangin...akan siasat dan tunjuk bukti-bukti lagi...mana boleh kan?...suka-suka jer...
11. Nyatakan 3 perkara yang kawan/keluarga kenal benar dengan sikap korang?
1. Pendiam pada mulanya...dah kenal lama-lama, baru tau bukan rupanya...
2. Suka bergurau...gurau yang ada hadnya la...tak bole semua perkara boleh bergurau
3. Pemurah kot...suka nak memberi...terutama pada keluarga...
Fuh...fuh...fuh...akhirnya terjawab segala persoalan...
Kepada Puan +hidayu ayumie, harap-harap jawapan mama memenuhi kehendak soalan la yer...hehe