Friday, October 10, 2014

Keadaan Pak Mentua - 10.10.2014

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, mama dah sampai dan ziarah ayah mentua di Hospital Teluk Intan petang tadi. Mama kira agak lewat sampai disebabkan kereta meragam pulak - aircond tak sejuk. Uish, tak bole teruskan jalan takut-takut hujan tengah jalan, tak ke naya. Huhu

Keadaan ayah mentua mama tak banyak beza. Kapas dah dimasukkan ke lubang hidung untuk menghalang darah keluar tapi bila sesekali batuk, akan terkeluar juga darah dari hidung. Jadi, ayah mentua bernafas menggunakan mulut. Nampak lemah sangat ayah mentua mama. Makan pon tak lalu, tidur tak lena. Kalau boleh berkongsi, rasa macam nak ambil je sikit rasa sakit tu. Tapi mana bole kan??

Kami gilir-gilir ziarah. Almaklum, Amir bawah umur, tak bole masuk. Mama pun suruh papa luang lebih masa dengan ayah papa. Alhamdulillah, Amir pun tak meragam cuma sesekali bertanya juga mana papa dia.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mendoakan keejahteraan ayah mentua mama. Jasa kalian, hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya. Mama turut mendoakan kesejahteraan diri serta ahli keluarga sahabat-sahabat semua.
Aamiin Ya Rabb

Share: