Friday, October 31, 2014

DAY 8 : 10 Dream Places To Visit

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Credit to +CT Humairah 

Ok, kita sambung lagi yer.

DAY 8 : 10 Dream Places To Visit

1. Kota Mekah


Mama rasa boleh dikatakan rata-rata kita semua nak jejak kaki ke Kota Mekah kan?
Kalau tak dapat untuk tunaikan ibadah Haji, dapat laksanakan ibadah Umrah pon dah kira bersyukur sangat. Mama memang teringin nak jejak kaki ke sini semenjak arwah nenek belah mak asyik bercerita je keseronokan kat sana sebab arwah nenek sempat menunaikan ibadah Haji. 
Insya Allah, suatu hari nanti mama akan ke sana.

2. Kota Madinah


Dah alang-alang sampai ke Kota Mekah, teringin juga jejak kaki ke Kota Madinah.
Ingin juga lihat sendiri kesan peninggalan Rasulullah S.A.W serta ziarah Masjid Nabawi.

3. Sabah


Balik pula ke Malaysia, mama teringin nak ronda-ronda negeri Sabah.
Nak menikmati sendiri keindahan alam ciptaan Allah di bumi Sabah.
Asyik tengok blogger Sabah, kawan sekerja mama yang sememangnya orang Sabah dan mereka-mereka yang pernah melawat Sabah cerita je, nak la jugak pergi.

4. Sarawak


Disebabkan sebelah je, kita g sekali la kan?
Kalau Sarawak ni, besar lagi dari Sabah, mau makan masa yang panjang kalau betul nak jalan.
Ni pon akibat terpengaruh cerita-cerita best dari Sarawak la gak ni.

5. Terengganu


Balik ke Semenanjung pulak yer, mama pernah jejak Terengganu masa kecik-kecik dulu di Rantau Abang tengok penyu bertelur. Pastu masa tahun 2003, masa tu praktikal kat Hospital USM kat Kubang Kerian, sepupu kawan mama ajak ke Air Terjun Sekayu. Tu jela yang negeri Terengganu yang pernah mama sampai.
Kawan-kawan masa belajar ada kat Terengganu, antaranya Besut dan Kuala Terengganu,
Dapat jumpa dan jejak mereka, mesti meriah kan??

6. Kelantan


Kelantan pulak last mama pergi masa tu praktikal la macam yang mama cakap kat atas tadi.
Nak kata ronda tu, tak pon sebab paling-paling Kubang Kerian, Kota Bharu. Tu jer.
Walaupun praktikal, tapi dah kita duduk tempat orang, jadinya ada orang bawak, jalan la.
Kalau tak, dok diam-diam dalam bilik. Papa pon tak pernah jejak, bole la jalan sekali.

7. Johor


Aik, dah nama orang Johor pon masih nak pusing Johor lagi. Hihi
Nama orang Johor dan IC Johor pon, belum abis ronda lagi tau.
Memang diakui saudara merata kat Johor, tapi setakat g rumah saudara-mara time raya, mana la dan nak ke tempat-tempat best macam Kukup. Lagipon nak gak layan Mee Bandung Muar kat Bandar Muar, tepi muara tu. Zaman sekolah dulu tahun 1998 - 1999 dulu last merasa. Ada lagi ke ek??

8. Perak


Kita ni dah kawen dengan orang Perak, nak ler tau pasal Perak.
Setakat ni dah sampai ke Bagan Datoh, Teluk Intan, Taiping, Manjung, Ipoh, Lumut.
Teringin ke Tasik Banding. Katanya sana cantik.

9. Turki


Aik, balik ke luar negara pulak.
Mama mula minat nak ziarah Turki sebab tertarik dengan buku Ceritera Cinta Ahmad Ammar.
Tertarik dengan cita-cita Ammar untuk meneroka dan mendalami sejarah Turki.

10. Andalusia
Kenapa mama pilih Andalusia?
Kerana macam Turki, mama nak tau serba sedikit sejarah Islam di Andalusia.
Sebenarnya dari sejarah ni kita boleh belajar macam-macam.
Tentang jatuh bangun sesebuah kerajaan serta pemerintahan.
Semoga ianya menjadi panduan dan tauladan buat kita semua.

Kalau nak tengok yang sebelum-sebelum ni, bole klik yang kat bawah ni yer :


Share: