Friday, February 23, 2018

Happy birthday and happy anniversary

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah. Semalam genap putera MPA, Amir Syukur berumur 6 tahun. Aish, kejap je ek dah 6 tahun. Rasa macam cepat sangat Amir dah besar. Nanti tup-tup, tau-tau Amir dah habis sekolah. Cepatnya masa berlalu.

Sementara Amir masih bersekolah tabika lagi, sambutan kecil-kecilan telah dilakukan di sekolah tabika Amir semalam. Seronok kawan-kawan Amir dapat tengok orang tiup kek, dapat makan kek dan juga dapat goodie bag. Kek dan goodie bag semua MPA sediakan. Cikgu dan pembantu cikgu yang kami panggil Umie, hanya sediakan sambutan pada masa yang mereka tetapkan sendiri. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak Cikgu Yati dan Umie sebab buat sambutan kecil-kecilan hari lahir Amir. 
Semalam juga merupakan Anniversary blog Mama Papa Amir n Ain ni. Anniversary yang ke 5 tahun. Pada mulanya blog ini dicipta untuk perihal Mama, Papa dan Amir. Alhamdulillah, rezeki Allah, ada pula Ain 3 tahun lepas. Jadi, MPA pun letaklah juga nama Ain di hujung. Nasib baik nama Ain bermula dengan huruf A. Hihi
Kalau ada yang dah ikuti daripada mula, blog MPA ni memang banyak ups and down, banyak turun naiknya. Dalam 3 tahun lepas merupakan tempoh merundum blog ini sebab masalah kesihatan MPA sendiri dan anak perempuan MPA, Ain Humaira. Masa tu mood dah memang ke laut dalam, dan juga kekangan masa yang menyebabkan MPA memang tak sempat nak jenguk blog ni selalu. Ralat memang ralat tapi ada keperluan yang perlu MPA dahulukan terlebih dahulu.
Insya Allah, untuk tahun ni, MPA bercadang nak keep up to date blog ni. Sayang woo dengan blog ni. Walau tak sepopular mana pun blog ni, sentimental value tetap ada pada diri MPA. Rasanya macam nak pakaikan baju baru blog ni. Kena buat kira-kira macam ni. Almaklum, MPA tak kerja lagi sekarang, jadi surirumah sepenuh masa. Jadi, lebih baik MPA 'jahit' sendiri baju blog ni. Insya Allah, nak catch up balik coding-coding yang agak lama tinggalkan ni.
Kalau ada antara sahabat yang ada buat tutorial edit design blog atau tau mana-mana blog yang ada buat tutorial edit design blog, kongsikan dengan MPA boleh? Boleh MPA godek-godek coding sendiri. Doakan MPA berjaya ya 'jahitkan' baju blog ni. Dah kena tukar pun rasanya baju blog ini supaya lebih matang dan segar. Cewah. Hihi
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, February 20, 2018

Cara jimat masa lipat kain baju gaya MPA

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Untuk membasuh baju sekarang ni, memang mudah. Cuma tekan saja. Paling lama 50 minit, siap baju dibasuh separa kering lagi. Itu untuk mesin basuh automatik la. Kalau separa automatik, masih mudah lagi cuma lecehnya nak kena tunggu dan alert. Kalau tidak, berjam la jawabnya baru siap basuh baju. Betul kan? Hihi. MPA sendiri kerap rasa sebab mesin basuh baju MPA versi separa automatik. Huhu

Bila baju dah siap dibasuh dan dah pun dikeringkan, sampailah part yang rasanya ramai yang kurang gemar, iaitu melipat baju. MPA pun agak 'bercinta' juga bab nak melipat baju ni. Hihi. Tapi MPA ada cara MPA sendiri nak melipat baju cara jimat masa. Macamni :

cara jimat masa lipat kain gaya mpa

  • Sidaikan baju - baju seperti t-shirt, baju sekolah anak, jubah selalunya MPA tak lipat, MPA sidaikan terus pada tempatnya sebab kalau terus disidai, kurang sikit kedutan dan kalau baju yang perlu digosok seperti baju uniform, taklah teruk sangat nak menggosoknya kan? Cuma perlukan tempat penyidai dan penyidai baju yang sesuai dan mencukupi.
  • Melipat dalam keadaan tenang dan sunyi - macam nak cari idea pulak. Hihi. Bila ada anak-anak kecil macam MPA ni, mereka memang rajin sangat menolong. Kadang tu baju dah siap berlipat terutamanya baju dorang sendiri, boleh pula dorang ambil dan nak lipat sendiri, kononnya. Jadi aktiviti melipat bertambah 2-3 kali. Bila anak-anak MPA tengah tidur tengahari, time tu la MPA kena macam lipas kudung settle semua sekali sebab dorang tidur kejap je. Bila dah settle, dorang pun dah bangun, fuh, lega sangat-sangat. Hihi
  • Tutup TV dan abaikan telefon seketika - kalau nak cepat melipat baju, MPA akan pasang radio atau duduk sunyi sorang-sorang. Kalau TV terpasang, alamatnya mata kat TV lagi lama la jawabnya dan lagi lama la proses melipat kain. Kalau panggilan telefon yang penting, baru MPA akan jawab pada masa tu MPA sedang melipat kain. Hihi. Jangan marah ya!
  • Gotong-royong - nak jimat masa, apa lagi, pakat ajak suami gotong-royong. Hihi. Jimat masa dan cepat. Kalau ajak anak gotong-royong pun bagus juga, pendedahan pada mereka, tapi confirm memang tak jimat masa la jawabnya. Nak ajak gotong-royong kena tengok juga pada mood suami kita. Kalau tengah penat baru balik kerja dan ajak gotong-royong lipat kain baju, ada dapat jelingan tajam pulak nanti. Hujung minggu boleh la kot kan. Sekali sekala. Hihi
Itu antara gaya MPA melipat kain yang bagi MPA menjimatkan masa MPA. Kalau sahabat ada idea lain, atau nak tambah, dipersilakan sangat-sangat. Mana tau, MPA bole aplikasikan sewaktu MPA nak melipat kain sekejap nanti ke kan. 

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, February 07, 2018

Makanan sebagai terapi

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Ada masa kita menghadapi tekanan daripada sekeliling, baik daripada rakan sekelas, rakan sekerja, bebanan kerja dan pelbagai lagi. Bila dah tertekan tu, mesti kita cari penyelesaian untuk redakan tekanan yang dihadapi tu kan?

Ada macam-macam terapi yang boleh dilakukan dan terapi makanan yang paling popular sebab ianya mudah dan cepat untuk pulihkan emosi kita.

Antara makanan yang dicadangkan ialah :
  • Daging dan ikan - Daging merah kaya dengan protein yang bantu tingkatkan tahap dopamin dan norepinefrin yang membuat kita rasa lebih baik. Ikan laut dalam pula kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk atasi kemurungan.
  • Kekacang - Kekacang seperti kacang badam, gajus, kacang hazel mahupun kacang tanah memgandungi Vitamin B yang tinggi, terkenal untuk meningkatkan mood dan juga baik untuk kesihatan. Ianya senang dapat samada dalam bentuk mentah untuk kita campurkan dengan oat, smoothie ataupun buah-buahan, dan juga yang sudah siap dipek.
  • Strawberi - Rasa masam manis strawberi sebenarnya kaya dengan Vitamin C dan juga flavonoid, iaitu salah satu agen antioksidan. Selain ianya membantu menjaga tubuh badan agar kekal sihat, ianya juga membantu menenangkan saraf.
  • Pisang - Kandungan triptofan yang ada dalam pisang mencetuskan hormon serotonin yang baik untuk meningkatkan mood kita. Ambil pisang setiap pagi juga dapat membantu sistem penghadaman dan juga membekal tenaga untuk sepanjang hari.
  • Aiskrim - Siapa yang tak dapat tolak aiskrim? Sedang kita dalam keadaan 'panas', tidak dinafikan aiskrim dapat bantu menyejukkan mood kita. Cubalah!
Tidak dinafikan, lain orang lain cara terapi meredakan jiwa dan hati yang sedang 'panas'. Walau apa jua terapi, biarlah ianya baik untuk kesihatan kita dan tidak mendatangkan mudarat.😉

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, January 16, 2018

Rahsia kulit wajah berseri-seri

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulilah, sudah 2 minggu kita di tahun 2018. Mesti banyak azam, mahupun angan-angan yang ingin dicapai tahun ini. Antaranya ingin memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri-seri. Betul kan?

MPA pun tidak terkecuali. Nak juga kulit wajah berseri-seri. Semestinya untuk suami MPA. Hihi.


Di sini MPA ingin kongsikan antara rahsia ingin memiliki wajah berseri-seri :
  • Pembersih muka - Pilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit muka kita. Periksa terlebih dahulu adakah kulit muka kita jenis normal ataupun berminyak. Pembersih muka berperanan membuang sisa solekan dan kotoran yang ada di wajah kita. 
  • Rangkaian penjagaan kulit muka - Rangkaian penjagaan kulit muka seperti toner, pelembab, serum dan sebagainya banyak membantu membuatkan kulit wajah kelihatan berseri-seri. Jangan hanya bergantung kepada pembersih wajah semata-mata kerana kulit wajah juga perlu dilindungi dan disegarkan.
  • Atasi jerawat - Jerawat terjadi disebabkan pengeluaran sebum berlebihan sehingga liang roma tersumbat dan pembiakan bakteria jerawat yang menyebabkan keradangan kulit. Atasinya dengan kerap membersihkan muka terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
  • Jaga pemakanan - Percaya atau tidak, pemakanan mempengaruhi kulit wajah kita agar berseri-seri. Kekerapan minum air kosong dapat membantu melahirkan kulit wajah berseri-seri. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat turut menyumbang ke arah kulit wajah berseri-seri.
Selain itu, terdapat beberapa makanan yang perlu dikurangkan agar keinginan kita untuk memperoleh kulit wajah berseri-seri tidak hanya angan-angan Mat Jenin. Antara makanan yang perlu dielakkan ialah :
  • Gula - Awasi pengambilan gula kerana percaya atau tidak, gula mampu menyebabkan pertumbuhan jerawat di kulit wajah. Buktinya, jika kita sedang ditumbuhi jerawat, jerawat sukar untuk susut jika ambil gula secara berlebihan.
  • Makanan diproses - Makanan diproses kebanyakkannya makanan segera seperti burger, biskut, makanan dan minuman ringan. Makanan diproses kebiasaanya mengandungi bahan pengawet dan perasa yang tinggi. Bahan perasa dikatakan berperanan merangsang penghasilan minyak, sekaligus menyebabkan pori lebih mudah tersumbat. Seterusnya keadaan ini menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak berseri-seri.
  • Kafein - Kafein diakui mampu mencetuskan sensasi bertenaga kepads individu. Namun, pengambilan kafein secara berlebihan dikatakan penyebab merosotnya keanjalan kulit. Untuk mengurangkan kesan negatif tersebut, minumlah air kosong dengan banyak.
  • Makanana laut - Seperti yang diketahui, makanan laut yang dimakan berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Makanan laut yang tinggi iodin boleh menyebabkan pori mudah tersumbat, sekali gus kulit wajah mudah ditumbuhi jerawat. Walaubagaimanapun, ada sebahagian makanan laut dikatakan mengandungi Omega-3 yang tinggi yang baik untuk kesihatan kulit.
Penjagaan kulit wajah yang baik disamping pengambilan makanan yang berkhasiat, bukan hanya menghasilkan kulit wajah yang berseri, malah memberikan kesihatan badan yang baik dan juga meningkatkan keyakinan diri. 

Selain itu, bagi yang beragama Islam, pengambilan wudhuk dan solat 5 kali sehari atau lebih juga turut menyumbang penghasilan kulit wajah berseri-seri. Cubalah! 

(Sumber : Harian Metro, 4 Oktober 2017)

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, January 04, 2018

Permulaan positif sesi persekolahan 2018

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah. Sesi persekolahan tahun 2018 dah bermula beberapa hari. Rutin ibubapa yang ada anak bersekolah pun berubah sedikit.

Rutin MPA pun berubah tahun ni. Amir bersekolah tadika 6 tahun untuk tahun ni. Urusan persekolahan Amir, boleh dikatakan MPA yang urusan keseluruhannya. 

Sebelum ni, suami MPA yang uruskan pergi dan balik daripada sekolah. Tapi tahun ni, kalau suami MPA bekerja shift petang, suami MPA akan menghantar Amir ke sekolah. Manakala balik, MPA yang akan ambil.

Tapi bila suami MPA bekerja shift pagi, Amir pergi dan balik daripada sekolah, MPA sendiri yang akan pergi. 

Nasib baik Ain dah sihat sedikit dan juga dah berusia 2 tahun. Mudah sikit tapi tak mudah juga. Sebab dah mula melasak. Hihi

Untuk 3 harini ni, Alhamdulillah, mudah nak uruskan Amir. Kejut sikit, dah bangun pagi. Kalau tidak, ada je alasan dia. Tapi dah mula berkira-kira berapa hari lagi tinggal nak sekolah sebelum tibanya hujung minggu. Alahai anak.

Yang tak boleh tahan, hari pertama sekolah, semangat punya pasal, pukul 4.30 pagi lagi dah bangun. Jadi, dengan MPA sekali bangun pukul 4.30 pagi sebab nak teman Amir. Kalau tak teman, dibuatnya tertidur balik, payah pulak nak bangun nanti. Takpela, bertabah jela mama Amir ni. Huhu

Harap-harap semangat mudah bangun pagi Amir bertahanlah sampai hujung tahun. Insya Allah, aamiin.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Ni la muka bangun 4.30 pagi. Muka ada senyum.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Hari pertama sekolah. Inilah rakan sekelas Amir untuk setahun ni.

Permulaan positif sesi persekolahan 2018
Hari ke-2 persekolahan. Sesi makan. Makan kenyang-kenyang ya. 

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, January 02, 2018

New Year and New You 2018

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru. Banyak azam dan resolusi baru pulak tahun ni. Yang berjaya dengan pencapaian tahun lepas, Alhamdulillah, tahniah.

Yang belum berjaya lagi, boleh usaha lagi dan perbaiki segala kekurangan. Insya Allah, kalau berusaha bersungguh-sungguh, takde apa yang mustahil.

Okla, entri pembukaan tahun baru. MPA nak buat pendek jela ek. Mudah-mudahan tahun ni, MPA bersemangat nak update blog tersayang. Salah satu azam MPA untuk tahun ni. Insya Allah. Semoga dipermudahkan.

Happy New Year and Happy New You Everyone!

New Year New You 2018

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, November 20, 2017

Tips tinggalkan rumah sebelum bercuti

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Sekolah tinggal beberapa hari saja akan berakhir. Mana-mana yang ada anak bersekolah, rasanya anak-anak dah mula 'lemau' je nak ke sekolah. Kalau masih bersemangat lagi, memang terbaiklah.

Anak MPA, Amir yang tadika ni pun dah mula 'lemau'. Siap kira kat kalendar bila sekolah akan berakhir. Bangun pagi pun dah mula liat. Tapi bila sebut nama kawan baik dia, Azamuddin, terus semangat. 

Bila cuti sekolah panjang ni, rasanya ramai yang akan samada balik ke kampung ataupun pergi bercuti. Seronok tu sekali sekala menghabiskan masa bersama keluarga. 

Tapi dalam seronok nak bercuti tu, jangan lupa keselamatan rumah yang ditinggalkan. Di sini MPA suka nak kongsikan beberapa tips yang berguna sebelum kita meninggalkan rumah. Antaranya :
  1. Minta bantuan jiran, rakan ataupun saudara mara yang berhampiran untuk membantu menjaga rumah kita.
  2. Minta bantuan pengawal keselamatan kawasan perumahan kita ataupun beritahu pihak polis tentang ketiadaan kita. Mungkin tidak perlu selengkapnya. Cukuplah sekadar tempoh ketiadaan dan juga jangkaan masa tiba di rumah.
  3. Sebolehnya elakkan berkongsi atau mengumumkan percutian kita di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Walaupun majoritinya sahabat dan kenalan kita, tidak mustahil orang asing boleh mengakses status yang kita muat naik.
  4. Tinggalkan tirai sepertimana kebiasaan hari-hari biasa. Jangan tutup tirai jika kita biasa membukanya sebab mudah dijangka tiada orang di rumah.
  5. Pasang pengatur lampu automatik ataupun timer untuk lampu. Ianya akan membuatkan lampu menyala dan terpadam mengikut masa yang telah kita tetapkan. Ini dapat membantu menunjukkan rumah yang seakan ada penghuni walaupun pada hakikatnya ianya kosong.
  6. Minta bantuan jiran untuk menyimpan sementara surat atau barang yang sampai ke alamat kita. Surat dan barang yang banyak dihadapan rumah boleh mengundang kejadian jenayah seperti pecah rumah.
  7. Jangan lupa untuk mencabut semua plug di dalam rumah. Selain menjimatkan tenaga elektrik dan wang, sebenarnya banyak barang elektronik masih mengambil tenaga walaupun dalam keadaan mati.
  8. Jangan simpan kunci tambahan di lokasi yang biasa kita letakkan seperti bawah pasu, dalam kasut dan sebagainya. Dibimbangi ada yang pernah ternampak dan sudah mengetahui tentang lokasi tersebut. Cari lokasi baru dan buat peringatan tentang lokasi baru tersebut. Jangan terlupa pula.
Itu antara tips yang dapat MPA kongsikan. Sahabat semua ada lagi tips? Jom komen dan kongsikan dengan semua. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Insya Allah.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, November 10, 2017

Tips Menghadapi Peningkatan Kos

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Saban tahun, kita memang tak pernah terlepas daripada merasai bahang peningkatan kos. Setiap tahun kos akan terus meningkat dan semestinya tidak akan menurun. Nak atau tidak, kita mesti menghadapinya juga tapi macamana?

Di sini MPA kongsikan beberapa tips untuk menghadapi peningkatan kos yang kerap meningkat ini. 
  1. Buat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum keluar berbelanja. Bezakan antara kehendak dan keperluan supaya tidak berlaku pembaziran di kemudian hari.
  2. Bagi ulat buku, mungkin boleh berkongsi majalah atau bahan bacaan lain dengan rakan-rakan atau bergilir-gilir membeli untuk menjimatkan perbelanjaan. Ataupun boleh juga membaca buku tersebut di perpustakaan.
  3. Kepada yang minat melancong ke luar negara, mungkin boleh beralih arah melancong di dalam negara saja bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan aliran wang ke luar negara.
  4. Bagi yang melanggan dengan stesen televisyen berbayar, fikirkan semula adakah semua saluran yang dilanggan itu akan ditonton? Sekiranya masa kita berada di luar lebih lama, jangan langgan pakej yang tidak ditonton.
  5. Elakkan belian secara kredit dan amalkan belian tunai untuk mengelakkan bebanan tambahan.
  6. Bawa bekal dari rumah. Selain menjimatkan, semestinya lebih bersih dan khasiatnya lebih terjamin.
  7. Bagi yang gemar dengab barangan berjenama dan mewah, inilah masanya untuk beralih tumpuan kepada barangan tempatan. Barangan tempatan bukan saja setanding dengan produk import dan berjenama, malah harganya lebih murah.
  8. Amalkan menyemak kandungan bil utiliti seperti bil elektrik, air, internet dan sebagainya setiap bulan. Semak sebelum membuat bayaran sebab dibimbangi terdapat kesilapan ataupun caj yang tidak disedari.
  9. Setiasa peka dan sebolehnya merekod perbelanjaan harian untuk menganalisis aliran wang tunai setiap bulan. Kita dapat kenalpasti samada kita ini boros atau tidak.
Itulah antara tips yang boleh MPA kongsikan. Kalau ada yang nak tambah, dipersilakan. Semoga memberikan manfaat kepada semua. 

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, November 06, 2017

Peperiksaan SPM 2017 bermula

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah, harini hari pertama Peperiksaan SPM. Hari pertama kebiasaannya kertas Bahasa Melayu. MPA percaya, format sekarang mesti jauh berbeza dengan zaman SPM MPA dulu.

MPA ambil SPM tahun 1999. Tahun ni 2017. Kiranya hampir 20 tahun juga tu. Jadi tak mustahil memang format berubah. SPM tahun 1999 adalah tahun terakhir guna format aggregat tau.

Siapa sempat merasa dan ingat lagi macamana nak kira aggregat? Serius, MPA memang dah tak ingat langsung. Haha. Dulu gigih kira-kira agregat. Kalau ada keputusan yang kurang elok untuk satu, dua subjek tu terutama yang elektif, masih boleh cemerlang lagi. 

Masa tu orang cuma tanya, pangkat berapa, berapa anggregat. Jadi, orang tak tau detail subjek apa dapat apa. Hihi. Masa tu cuma ada Pangkat Satu, Pangkat Dua dan SAP (Sijil Am Pelajaran). Yang SAP tu kira macam gagal la. Eh, kalau tak betul, tolong betulkan MPA ek. Hihi

MPA takdela tips specifik tapi apa yang dapat MPA boleh kongsi ialah mohon pada Allah, jaga hubungan dan silaturahim dengan ibubapa, adik beradik, atok nenek, kawan-kawan dan semua orang.

Alhamdulillah, rezeki MPA duduk asrama Tingkatan 4 dan 5. Jadi, MPA ambil SPM diperantauan. Jadi memang banyak diadakan Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan sebagainya. Kadang tu, kitorang buat satu kumpulan kecil untuk baca Surah Yasin berjemaah. Ada masa kadang MPA buat sendiri-sendiri samada di Surau atau bilik sendiri.

Mohon banyak-banyak pada Allah semoga dipermudahkan dan dapat ilham untuk menjawab. Yela, bila ada dalam dewan peperiksaan, perasaan gemuruh tu ada walaupun dapat dikawal. Tak mustahil boleh blank kan? Banyakkan berselawat keatas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, semoga ditenangkan untuk menjawab.

Bila dah selesai segalanya, MPA akan tutup buku terus untuk subjek tu. Ada sesetengah orang, suka nak bincang apa yang dijawab. Kalau MPA, MPA akan lari. Sebab ianya akan pengaruhi emosi dan mengganggu konsentrasi untuk jawab kertas seterusnya. Tak kesahla selang masa kertas seterusnya 2-3 hari lagi pun.

Kalau betul nak bincang apa yang dijawab, bincang bila selesai semua subjek. Tapi mesti masa tu dah tak fikir langsung dah kan sebab masa tu dah MERDEKA! Betul tak? Hihi

Okla. Buat calon SPM 2017, termasuklah adik MPA sendiri, semoga dipermudahkan urusan adik-adik semua dan semoga mendapat ilham untuk menjawab soalan yang diberi dengan terbaik. Buat calon SPM yang sedang diuji dengan ujian banjir, kuatkan semangat korang tau. Insya Allah, ada hikmah semuanya berlaku. Jangan putus asa ya.

All the best and good luck semua!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, November 02, 2017

Welcome November and all the best to SPM candidate

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah. Kita dah masuk bulan November. Tinggal sebulan saja lagi nak melangkah ke tahun baru, 2018. Cepat betul masa berlalu. Ya betul, masa takkan sekali-kali menunggu kita. Kita yang perlu mengejar masa. Tapi kita ni selalu je ketinggalan kan? Huhu
welcome november

Sekarang ni, kebanyakan anak-anak yang sedang bersekolah sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Semoga berjaya buat anak-anak semua. Dan SPM pula akan bermula pada hari Isnin akan datang ni, 6hb November. Cepat betul kan SPM tahun ni. MPA tahu ni pun sebab adik bongsu MPA bakal menduduki peperiksaan SPM. Mesti tengah berdebar-debar. Rasa macam semua tak abis lagi pulun.

Insya Allah, kalau dah berusaha sedaya upaya, redha dan tawakal sajalah nanti sewaktu menduduki. Sebab kadang kita ni bukan main lagi pulun dan menghafal, tapi bila dalam dewan peperiksaan, terus blank.Tu semua tak mustahil kan?

Buat masa sekarang ni, lakukan solat hajat setiap malam dan panjatkan doa banyak-banyak kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Hubungi ibubapa, datuk nenek, saudara mara; mohon maaf atas segala salah dan silap samada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar. Kuatkan semangat dan jangan mudah menyerah kalah. Dalam sibuk menelaah ini, jangan lupa jaga kesihatan juga tau. Susah nanti bila tak sihat pada hari peperiksaan.

Akhir sekali, setelah puas berdoa, berusaha, berikhtiar, letakkan tawakal kepada Allah. Berlapang dada untuk menerima segalanya. Insya Allah, perancangan Allah itu indah dan Allah sepertimana sangkaan hambaNya. Bersangka baik saja atas semuanya. Ada sesuatu yang Allah sedang sediakan untuk kita. Insya Allah.

Good luck SPM 2017 candidates

All the best and good luck to all SPM candidate. Be the best among the best!

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: