Thursday, June 16, 2016

Jangan Mudah Melatah!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Lama-lama duduk di wad temankan Ain, macam-macam pengalaman & ilmu dapat MPA timba.  Macam-macam ragam pun boleh MPA lihat. Apa yang MPA nak sentuh di sini adalah sikap mudah 'melatah', bukan melatah yang opocot tu kalau terkejut. Mudah melatah dalam senang cerita mudah sentap dalam bahasa sekarang ini.
Dalam kita sibuk melayani kerenah anak yang tidak sihat, MPA akui terkadang kita penat sebab anak yang tidak sihat ni, ragamnya lain macam sikit. Tu belum dengan kita yang kurang tidur lagi. Oleh itu, jururawatlah yang ditugaskan memantau, membantu dan memperingatkan ibu bapa yang menemani anak.
Jururawat pun manusia biasa juga macam kita, ada salah dan silap. Jadi apabila ditegur, terimalah dengan berlapang dada. Kita ambillah daripada sudut positif, jangan terikut-ikut dari sudut negatif. Mungkin ada salah silap kita yang perlu ditegur. Jika tidak, anggaplah jururawat tersebut letih untuk hari tersebut sebab bukan seorang pesakit sahaja yang perlu di jaga, lagi-lagi hospital kerajaan.
Sebagai si ibu pula, jika hendak bercerita kepada si bapa, lihat-lihatlah keadaan si bapa pada waktu tersebut. Mungkin si bapa tengah stress disebabkan memikirkan keadaan anak yang tidak sihat dan kerja di pejabat. Jika sedang stress, mungkin boleh ditangguhkan dulu untuk bercerita perkara tersebut.
Ini bukan apa, kebetulan katil Ain betul-betul di hadapan kaunter jururawat. Suatu hari tu, MPA terlihat insiden sekumpulan jururawat dimarahi oleh si bapa walaupun jururawat tersebut tidak mengetahui butir perkara yang menyebabkan punca kemarahan si bapa, akibat cerita yang disampaikan oleh si ibu. Pada waktu tersebut, si ibu duduk diam di katil menunggu anak. Walaupun doktor pakar cuba menenangkan si bapa, si bapa tetap bersikap marah-marah. Kebetulan, pada waktu tersebut adalah waktu melawat, jadi pada pendapat MPA kurang enak dipandangan khalayak ramai.
Bila perkara ini terjadi, yang akan susah adalah si anak. Sudah tentu jururawat akan kurang memberi perhatian kepada si anak. Kita boleh kata ini tidak profesional, tapi bagaimana pula profesionalnya kita memarahi orang di khalayak ramai.

Sebenarnya, dalam apa perkara pun, kita boleh berbincang dulu, selidik kesahihan samada ianya salah faham atau bagaimana. Kita buat baik pada orang, insya Allah orang akan buat baik pada kita. Tak perlulah marah-marah. Kan tak manis orang pandang ke kita. Tak mustahil orang boleh cop kita sebagai panas baran. Kan tak elok tu.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab