Sunday, June 05, 2016

Selamat menyambut Ramadhan

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Insya Allah, esok kita mula berpuasa Ramadhan. Jadinya, harini la last kita makan siang. Tapi jangan pulak harini kita last makan siang, kita pulun habis-habisan. Tak elok gitu. 
Rasanya harini ramai yang pergi membeli barang keperluan untuk bersahur. Ada jugak yang merancang esok pagi nak sahur apa ya?
Jangan lupa, malam ni pun dah start solat terawih. Insya Allah, meriah masjid-masjid dengan jemaah yang ramai. Kalau boleh, jangan la awal ni je semangat, biarlah sampai hujung pun kita semangat terawih.
Insya Allah, tahun ni MPA sambut Ramadhan & solat terawih di hospital. Huhu
Ain belum lagi discaj. Keadaan Ain masih dipantau doktor. Apa yang penting sekarang, doktor nak naikkan berat badan Ain. Halus & kata doktor tak sesuai dengan umur Ain. 
Sejarah betul dibuatnya. Raya haji tahun lepas, MPA beraya di hospital disebabkan masalah pregnancy. Ramadhan ni pon sambut di hospital disebabkan anak tak sihat. Harap-harap Syawal tahun ni tak la sambut di hospital gak. Huhu. Meleleh kot air mata dengar takbir. Sobs..sobs..
Ni ada pantun bahasa Jawa. Rasanya ramai dah dapat. Kalau yang faham tu, bolehla tolong kawan-kawan yang tak faham ye. Hihi

Bocah cilik mangan sego,
sego di pangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino poso ki njalok ngapuro.

nyimpan jenang nang jero tin,
ngesok arek di gowo mareng suro,
keluputan kulo  lahir batin,
salah silap njalok dingapuro.

buko poso lawuh'e gerah,
njegor sunge di caplok boyo,
kuluputan seng akeh2,
kito 0 - 0 lah yo...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK....😁😁

Dan Selamat mengumpul pahala amal kebaikan, insya Allah.

3 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan 1437 hijrah

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa! =)

    ReplyDelete
  3. selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab