Alhamdulillah
Hari ini anak-anak mula bersekolah setelah cuti seminggu. Ibubapa pun dah mula bekerja setelah mengambil peluang bercuti juga.
MPA tak kemana pun, di rumah bersama keluarga saja. MPA percaya ramai yang bercuti panjang, samada balik ke kampung untuk beraya mahupun bercuti makan angin bersama keluarga.
Dah bercuti panjang tu, jangan 'lemau' pula ya. Almaklum, mood cuti masih bersisa. Hihi. Teringat masa MPA kerja dulu, sejujurnya MPA memang 'lemau' selepas bercuti panjang, lebih-lebih lagi selepas cuti bersalin. Ambil masa setengah hari jugalah untuk betul-betul 'refresh' balik.
Tapi sekarang ni, baik cuti mahupun tidak, rutin MPA setiap hari tetap sama sebab anak-anak masih kecil lagi. Mungkin rutin MPA akan berubah bila Amir sekolah nanti.
Walau apa pun, selamat bertugas semua. Tidak kisahla tugas di pejabat mahupun rumah, marilah kita laksanakannya seikhlas hati dan sebaik mungkin. Mudah-mudahan hasilnya nanti, dapat memuaskan hati kita dan orang di sekeliling kita.
Wallahua'lam.