Saturday, September 10, 2016

World Quran Hour 2016

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Insya Allah, esok Ahad, 11 September 2016; akan diadakan World Quran Hour ataupun Dunia Ngaji di seluruh dunia selama 1 jam sahaja bermula daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 10 pagi.

Ianya diadakan bersempena berkumpulnya para jemaah haji kita di Padang Arafah pada esok hari.

Jom kita ketepikan seketika dahulu segala aktiviti pada waktu tersebut dengan membaca, menghayati serta memahami isi kandungan Al-Quran, yang mana merupakan panduan hidup kita semua. Untuk seketika, walaupun berada dalam keuzuran, kita luangkan sikit masa untuk Al-Quran. Mudah-mudahan, sedikit masa yang kita luangkan itu memberikan kesan dan impak dalam kehidupan kita. Insya Allah.

MPA sangat berharap penganjuran World Quran Hour atau Dunia Ngaji ini akan berterusan setiap tahun, sebagaimana penganjuran Earth Hour setiap tahun.

Jom set reminder atau alarm untuk acara ini!!

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab