Wednesday, February 01, 2017

Hello February

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah

Sekejap betul masa berlalu. Hari ini merupakan hari pertama di bulan February. Hello February!

Selama hampir seminggu lebih juga MPA tak update entry baru blog ini. Sebenarnya, puteri MPA, Ain Humaira telah dimasukkan ke Wad Kanak-kanak, Hospital Kajang akibat batuk yang teruk, demam dan muntah-muntah serta nafas laju. Bila diperiksa, didapati Ain mengalami jangkitan kuman di paru-paru. MPA awal lagi sudah bersedia menghadapi situasi Ain masuk ke wad bila lihat keadaan Ain sebab ini merupakan kali ke-8 Ain masuk wad. Kebanyakkannya berkaitan jangkitan kuman di paru-paru.


Alhamdulillah, semalam tengahari kami dibenarkan balik. Teringin juga update sewaktu di wad tempoh hari, tapi almaklum, bila jaga anak yang kurang sihat, lebih-lebih lagi di wad, 'me time' memang kurang sangat. Hatta, makan dan tidur pun tidak menentu. Takpela, keluarga lebih penting daripada segalanya. Lagipun, tujuan MPA berhenti kerja adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri, terutama Ain.

Bulan February ini, banyak betul tarikh-tarikh penting. Antaranya ialah tarikh lahir suami MPA, putera MPA, Amir Syukur dan juga tarikh lahir MPA sendiri, serta beberapa orang ahli keluarga dan sahabat handai MPA. Selain itu, bulan February ini juga merupakan bulan kelahiran blog MPA ini. Alhamdulillah, diam-diam sudah 4 tahun blog ini rupanya. Memang banyak naik turunnya terutama dari segi entrinya. Selalunya ianya turun disebabkan MPA berada di wad samada masalah MPA sewaktu mengandungkan puteri MPA, Ain; ataupun masalah kesihatan Ain.

Walau apapun, MPA mengharapkan segala yang terbaik di bulan Februari ini buat diri dan keluarga MPA, serta sahabat-sahabat MPA semua. Semoga kita semua berada dibawah redha dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Insya Allah.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab