AFB Feed

Sunday, February 05, 2017

Popsicle Laici

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Hujung minggu kali ini, sahabat-sahabat MPA ke mana ya? Hujung minggu kali ini, MPA tidak ke mana-mana. Hanya berehat di rumah. Setelah puteri MPA, Ain sihat, MPA pula yang demam, selsema dan sakit tekak. Sewaktu entri ini sedang ditaip, MPA sedang kehilangan suara. Perit dan susah betul bercakap bila tiada suara. Agaknya Allah nak MPA berehat sekejap kot daripada membebel. Biasala bila sudah jadi mak-mak ni. Huhu.

Bila duduk-duduk rumah ni, dapat pula idea untuk membuat popsicle ataupun aiskrim. Masa Ain dimasukkan ke hospital haritu, doktor pakar yang merawat Ain ada mencadangkan pada MPA memberikan popsicle pada Ain untuk melatih Ain menelan. Jadi, hari ini projek MPA ialah Popsicle Laici. Kebetulan ada laici ni dan Amir peminat laici, kita guna jela sumber yang ada.


Bahan-bahan :
1 tin air laici
Air

Cara-cara :
1. Campurkan air laici dengan air secukup rasa. MPA suka sekadar manis-manis buah saja. Jadi, MPA tambahkan air banyak juga.

2. Siat-siatkan buah laici supaya menjadi kecil-kecil. Bagi MPA, bila siat kecil-kecil ni, dapatla banyak sikit. Hihi

3. Masukkan air dan buah laici ke dalam bekas popsicle atau aiskrim. Bekas ni boleh dibeli di kedai-kedai menjual barang plastik dan kedai DIY.

4. Bila dah siap, bolehla letakkan di dalam peti sejuk bahagian beku. Bolehla dimakan bila sudah beku. 

Sedap dan nyaman dimakan di musim panas. Dalam zaman barang kebanyakkannya naik harga dan mahal sekarang ini, bolehla dicuba dan menjimatkan sedikit perbelanjaan rumah. Cubalah!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab