Cepat betul masa berlalu. Tup tup, sudah masuk April. Bagi yang ada menanam azam dan impian, sudah hampir separuh jalan juga untuk capai apa yang dihajati. Kalau tidak pun, mungkin perlu muhasabah diri dengan fikirkan kelemahan dan kekurangan yang ada di mana-mana.
Perjalanan impian MPA agak terganggu juga buat masa ini sejak puteri MPA, Ain Humaira dimasukkan ke wad. Sehingga pada masa entri ini dikarang, kami masih berada di wad.
Walau di mana jua tahap pencapaian kita dalam mencapai impian kita, marilah kita tetap berusaha mencapainya. Ada masa, mungkin kita perlu berhenti berehat sebentar, merenung dan bermuhasabah diri. Tetapi tidak perlu lama untuk berhenti. Bimbang momentum menuju pencapaian berkurang, ataupun hilang pula nanti.
Selamat mencapai impian. Selamat datang April. ^_^
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)