"Janganlah kalian menjadi sombong kerana kalian adalah penduduk suatu kota yang hebat (Tarim, atau Madinah, atau Makkah). Ingatlah Adam Alaihissalam, dulu penduduk syurga lalu diturunkan ke bumi kerana maksiat.
Janganlah kalian menjadi sombong kerana ilmu. Ingatlah Bal'am bin 'Aura (murid didikan Nabi Musa Alahissalam sehingga menjadi ulama, namun murtad kerana tawaran dunia), ilmunya tidak memberikan manfaat bagi dirinya.
Jangan kalian menjadi sombong kerana nasab yang mulia. Ingatlah anak Nabi Nuh Alaihissalam termasuk orang yang celaka, padahal ia adalah anak seorang nabi.
Janganlah kalian menjadi sombong kerana pernah bertemu dan melihat orang-orang soleh. Ingatlah Abu Jahal dan Abu Lahab bertemu dan melihat Nabi Muhammad ﷺ tetapi pertemuan itu tak bermanfaat bagi mereka.
Janganlah kalian menjadi sombong kerana ibadah kalian. Ingatlah Iblis yang telah sujud beribadah di setiap jengkal tanah di bumi ini, tetapi semuanya itu tak bermanfaat baginya."
[Habib Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Abdullah bin Syahab Hafizhahullah (Ainu Tarim)]
Assalamualaikum. Hi.
Boleh panggil saya Umie kerana saya adalah Umie kepada AA (Amir dan Ain). Terima kasih sudi hadir ke blog saya dan tinggalkan komen yang membina buat saya. =)