Wednesday, January 12, 2022

Berapakah nombor giliran kita?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

https://mamapapaamir.blogspot.com/2022/01/berapakah-nombor-giliran-kita.html

Banyak urusan kita terutama melibatkan pihak luar seperti urusan bank, akan memerlukan kita ambil nombor giliran kita. Kita akan tertunggu dan menghitung berapa lagi sampainya giliran kita.

Tapi tahukah kalian, sekarang ini pun kita memang memegang satu nombor giliran yang kita tak tahu berapa nombornya dan sekarang ini dekat atau lambat lagikah giliran kita. Berapakah nombor giliran kita itu?

Andai kita tahu giliran kita yang ini semakin dekat, pasti kita tidak akan berdiam diri. Pasti kita akan sibuk menambah amalan dan saham di sana. Pasti kita akan jumpa semua orang dan minta maaf bersungguh pada semua.

Pasti tidak ada salah laku dan sikap akan berlaku. Pasti para pemerintah juga akan adil saksama pada semua. 

Semua akan melakukan yang terbaik untuk mendapat redha dan rahmat daripadaNya. 

Tetapi Allah Maha Kuasa, simpan sebaiknya nombor giliran kita untuk kita bersedia bila-bila masa, bukan hanya bila nombor kita sudah dekat.

Ketahuilah, semua makhluk di atas muka bumi sedang menunggu giliran masing-masing iaitu giliran dijemput oleh Malaikat Maut.

Adakah nombor giliran kita selepas ini? Adakah esok nombor giliran kita akan dipanggil? Bersediakah kita?

Ayuh, jangan berlengah lagi. Kita lakukan yang terbaik supaya andai kata nombor giliran kita dipanggil, kita sudah melakukan segala yang terbaik yang mampu kita lakukan. Insya Allah.


Lot's of love,






Share: