بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Untuk tahun 2022, Umie target sekurangnya dapat selesaikan 1 buku untuk 1 buah. Tolong doakan ya semua.
Alhamdulillah, untuk tahun 2022, Umie berjaya selesaikan satu buku bertajuk "Hidup Yang Aku Pilih" hasil nukilan Muharikah, hasil pinjaman daripada perpustakaan awam yang terdekat dengan rumah Umie ini.
Umie tertarik nak baca buku ini bila belek bahagian isi kandungan dan semestinya di bahagian sinopsis belakang buku :"Secara defaultnya, inilah perjalanan hidup manusia : Lahir --> Belajar --> Kerja--> Kahwin --> Mati. Jadi, jika ini yang dilalui oleh semua, apa yang membezakan kita dan manusia yang lainnya? Ya, yang berbeza adalah BAGAIMANA kita memilih untuk melaluinya."
Buku ini amat bagus untuk mereka yang nak memulakan langkah baru dalam hidup, untuk lebih mengenali diri sendiri mahupun yang nak bangkit semula selepas kejatuhan. Sangat recommended.
Satu yang Umie perasan, apa yang disampaikan hampir sama dengan apa yang disampaikan oleh Bonda Prof Muhayya. Atau adakah ianya teguran daripada Allah kepada Umie untuk mengamalkan apa yang baik yang sepatutnya Umie lakukan tetapi Umie abaikan? Allahu.
Penyampaiannya santai dan tak terlalu formal. Di hujung setiap bab, ada diberikan tips untuk kita praktikkan apa yang disampaikan dalam bab tersebut. Di sesetengah bab pula, dikongsikan beberapa link untuk kita lebih kenal diri kita sendiri yang sebenar-benarnya.
Buku ini rupanya telah diulang cetak sehingga 4 kali bermula daripada tahun April 2017 dan cetakan keempat pada Januari 2018. Sudah lama rupanya buku ini, baru Umie dapat baca.
Semoga apa yang disampaikan dapat dipraktikkan dan dapat mendapat manfaat kepada diri Umie sendiri dan kepada pembaca buku ini.
Nantikan review buku lagi daripada Umie ok?
Lot's of love,