Monday, April 29, 2013

Hasil borongan...

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Semalam (28.04.2013) akhirnya dapat gak menjejakkan kaki ke Pesta Buku setelah agak lama jugak tak ke sana...kali ni mama drive ke sana bersama adik-adik...papa dan amir tak ikut sebab papa tak minat membaca...lagipon tak sesuai kot bawak amir...

Punyala ramai orang, sampai berlanggar-langgar je sokmo...tapi ramai tu bergantung pada booth siapa...kalau booth McGraw Hill, tak ramai la sebab McGraw Hill kan buku berbentuk ilmiah...kalau booth GempakStarz,  jangan cakapla...punya la ramai orang...tapi mostly remaja la...kalau ada yang besar skit pon, yang bujang la kot..

Mama 1stly masuk booth Telaga Biru...terasa memang serasa dengan penerbitan ni...mostly memang berkaitan keagamaan tapi cara penyampaian mereka memang terbaik...terasa puasla... buku yang menjadi pilihan mama :


parenting knowledge...mama dah belek2, sangat bagus sebgai panduan sebab ada selitkan isu2 semasa anak...itulah yang mama mahukan sebenarnya...


buku novel ni mama cekup kat booth Karangkraf...tu pon berpusing mencari manala booth dia...rupanya Karangkraf dapat 1 dewan besar, Dewan Sultan Ismail kalau tak salah...memang excitedla dapat masuk tempat Karangkraf...almaklumla, terbitan dorang kan banyak, dari novel sampailah majalah sampailah buku2 menu ataupon teknik2 jahitan mahupon hiasan...


Alhamdulillah, mama jumpa softbook ni kat booth Telaga Biru...ada macam2 tapi mama ingat nak ajar Amir baca doala...semoga penerapan mama dalam mendidik Amir mendekati Penciptanya mendapat keredhaan, dipermudahkan dan diberkati Allah...insya Allah...

Walahu 'alam
Share: