Monday, February 24, 2014

Excel Qhalif Playgroup - Trial Class

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Alhamdulillah, semalam petang Amir menghadiri Trial Class Excel Qhalif Playgroup di Jalan Reko, Kajang.
Kami gerak seawal 1.15 petang, dan kelas bermula 2.00 petang.
Sebenarnya agak lewat juga tu, disebabkan mama tidurkan Amir dulu untuk mengelakkan Amir meragam semasa aktiviti dalam kelas dan untuk membantu Amir fokus dalam kelas.

Seramai lebih kurang 11 orang kanak-kanak termasuk Amir yang hadir dan kebanyakkannya berusia seperti Amir, 2 tahun. Ada juga yang berusia 3 tahun.
Kelas yang Amir hadir ni mengkhususkan kepada kanak-kanak yang berusia 20 bulan sehinggalah ke 4 tahun. (menurut apa yang teacher tu cakap la ye)

Secara keseluruhan, bagi mama bagus kelas ini untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap maksimum selain menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak yang menyertai.
Setelah berbincang dengan papa di akhir kelas tersebut, nampaknya kami tak dapat nak teruskan pembelajaran Amir di kelas tersebut di sebabkan pelbagai faktor.

Insya Allah, paling awal umur Amir 2 tahun setengah ataupun 3 tahun, kami akan mula consider untuk menghantar Amir. Insya Allah, semoga pada masa tersebut, Amir sudah benar-benar bersedia untuk pencapaian maksimumnya.

Tak banyak gambar yang mama sempat ambil disebabkan mama yang bantu Amir sepanjang kelas tersebut dan papa pula jenis yang pemalu, tak berapa minat nak ambil gambar.


Apa-apapun, inilah hasil kerja Amir selepas menghadiri kelas tersebut.
Jadilah kan untuk umur 2 tahun seperti Amir. 

Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab