Tuesday, February 25, 2014

Sekolah

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Suratkhabar FOKUS ni ada di opis mama, memang syarikat tempat kerja mama melanggan suratkhabar ni untuk manager level baca. Setakat mama, scan jela. Hehe

Bila tengok petikan ini berkaitan MCKK (Malay College Kuala Kangsar), teringat zaman sekolah dulu. Sekolah ini antara salah satu sekolah yang gah. Sesiapa dapat masuk sekolah ni, dah kire best sangat-sangat dah. Alhamdulillah, ada seorang sahabat mama dapat masuk sekolah ini. Memang masa tu tabik spring la. Biasala, zaman budak-budak.

Selain sekolah MCKK ni, sekolah STF (Sekolah Tun Fatimah, Johor) dan SAS (Sekolah Alam Shah) antara yang glamour. Kalau tengok dalam senarai sekolah yang cemerlang setiap tahun, itulah dia antara sekolah yang cemerlang. KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang) pon glamour juga tapi dalam bidang keagamaan.

Sesiapa bersekolah kat SMS (Sekolah Menengah Sains) dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pon glamour juga tapi kurang la berbanding dengan yang tadi.

Agak-agak, sekarang pon masih sama lagi atau ada lagi ke yang hebat-hebat?

Wallahuaklam.

Share: