AFB Feed

Tuesday, February 11, 2014

Tips menjadi ibu bapa yang lebih aman

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

 
10 tips menjadi ibu bapa yang lebih aman ketika berdepan dengan anak-anak yang beremosi :

1.  Kita perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak memerlukan bimbingan dan sokongan kita untuk menangani emosi mereka.

2.  Tanya diri kita, "Apa perasaan saya jika orang lain perlakukan saya sebagaimana saya perlakukan anak-anak saya?"

3.  Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum bertindak balas.

4.  Cuba untuk tidak terasa hati (atau mengambil kelakuan anak-anak secara peribadi) kerana kebiasaannya kelakuan negatif anak-anak bukanlah petanda kepada kegagalan kita  dan bukan juga satu serangan kepada peribadi kita.

5.  Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak melepaskan ledakan emosi mereka tanpa ada penghakiman (judgement) daripada kita.

6.  Berikan anak-anak ruang untuk bersendirian dan bertenang (jika itu yang mereka inginkan) tetapi kita harus bersedia (available) jika mereka memerlukan pelukan dan galakan. 

7.  Galakkan anak-anak untuk bercakap tentang perasaan mereka, mengakui dan menerima emosi mereka walaupun kita tidak bersetuju dengan cara mereka melepaskan perasaan ketika itu.

8.  Jika kita telah terlepas cakap atau menyebut perkataan yang kasar dan tidak sopan ketika sedang marah, minta maaf daripada anak-anak secara jujur dan berikan penjelasan apabila kita telah tenang.

9.  Ingatlah bahawa kita mampu membuat perubahan (ke arah menangani emosi dengan cara yang lebih positif) dan mengingatkan anak-anak bahawa mereka juga boleh berubah.

10.  Tanya diri sendiri, " Adakah saya bertolak ansur, menghormati dan membantu?"


Mama akui kita sebagai hamba yang serba kekurangan sering melakukan kekhilafan terutamanya dalam menangani emosi anak-anak. Terkadang kita ada terlepas marah pada anak-anak kita.

Sebaiknya, pada pendapat mama, ambil masa untuk bertenang sebelum kita berjumpa dan melayan kerenah anak-anak terutama ibu bapa yang berkerjaya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Semoga perkongsian mama kali ini memberikan manfaat kepada semua.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab