Wednesday, February 26, 2014

Kek Hari Lahir 3 Tingkat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Amboi, sampai 3 tingkat kek hari lahir mama ye.
Tapi kenapa sampai 3 tingkat?

Sebenarnya, untuk bulan Februari, mama sekeluarga akan sambut hari lahir iaitu :

Hari Lahir Papa - 13 Februari
Hari Lahir Amir - 21 Februari
Hari Lahir Mama - 26 Februari

Alkisahnya, jadila kek 3 tingkat ni. Hehe

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan mama peluang untuk membaiki salah dan silap mama serta bertaubat kepadaMu.
Dengan meningkatnya umur mama hari ini, maka makin hampirlah masa mama untuk menemui Maha Pencipta.

Terima kasih Mak kerana melahirkan dan mendidik saya
Terima kasih Abah kerana bersusah payah membesarkan saya
Terima kasih kepada arwah atok dan nenek, pakcik makcik, saudara-mara kerana sudi menegur mana-mana silap dan salah semenjak saya kecil hingga kini
Terima kasih papa kerana sudi menyayangi mama
Terima kasih Amir kerana menjadi permata hati mama
Serta terima kasih kepada semua sahabat-sahabat mama, tak kira sahabat alam maya mahupun yang realiti kerana sudi bersahabat dengan mama. Semoga persahabatan yang terjalin dapat membawa kita bersama ke syurga Allah.
Ya Allah,
Kau berikanlah aku dan orang sekelilingku serta sahabat-sahabatku kesudahan yang baik,
Kau berikanlah kami hidayahMu agar kami tetap berpegang teguh kepada taliMu hingga ke akhir hayat kami,
Kau jadikanlah juga kami, hamba-hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan mengasihi kekasihMu,
Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu
serta Engkau jualah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aamiin Ya Rabb
Wallahuaklam
Share: