Sunday, April 06, 2014

Penat

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Hari ini mama menziarahi makcik papa di Jeram. Pada mulanya nak menziarahi kakak papa di Kapar, Klang. Tapi diberitahu yang mereka tiada dirumah atas urusan kerja di Melaka, jadinya mama sekeluarga terus ke Jeram. Lagi pula, anak-anak kakak ipar seramai 3 orang ada bersama makcik tersebut. Niat nak ziarah mereka sekali dan dapatlah Amir bermain dengan mereka.

Setelah lebih kurang 8 jam bermain dan melasak, akhirnya sunyi sepi, semua tidur termasuk Amir. Itupun kena paksa, walhal mata dah tak lalu nak bawa lagi. Itulah budak-budak bila jumpa kawan-kawan. Seronok je tengok mereka.

Tapi itulah, masa terhad. Walaubagaimanapun, insya Allah akan datang menziarah lagi untuk mereka berjumpa dan bermain.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab