Tuesday, April 15, 2014

Misi : Ahmad Ammar

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Sahabat-sahabat mama semua sihat? Rasa macam lama pulak mama senyap ye.
Kebelakangan ni ada pelbagai masalah mama hadapi yang menjejaskan aktiviti blog mama.
Ada kelapangan sikit, dapatlah update sikit-sikit di FB, itupun melalui handphone.
Minta maaf banyak-banyak pada mereka-mereka yang sudi menyinggah sewaktu ketiadaan mama.

Apa-apapun, segala masalah telah berjaya diatasi. Alhamdulillah.

Hujung minggu yang baru sahaja ni, mama ziarah keluarga ipar di Kapar, Klang. Kebetulan ada kenduri khawin sepupu papa dan kedua-dua mentua mama turut ada di Klang. Dapatlah berkumpul ramai-ramai setelah sekian lama kami tak berkumpul.

Dikesempatan yang ada, kakak ipar mama (kakak papa) mengesyorkan mama untuk membaca buku ini (sebab dia tahu adik ipar dia ni ulat buku...hehe) :


Mama memang teringin sangat nak memiliki buku ini. Buat sementara ini, mama pinjam dulu dari kakak ipar. 
Insya Allah, andai terjumpalah buku ini, pasti mama akan memilikinya juga.

Mama tertarik dengan antara kata-kata dipermulaan buku tersebut iaitu :

"Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman;
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru;
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-Quran sebagai bacaan;
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat"

- Ahmad Ammar -

Allahuakbar. Bertuah kedua ibubapa beliau kerana memiliki insan sebaik beliau.

Jadi, misi mama pon bermula untuk menyudahkan buku tersebut. 

Jom kita sedekahkan al-Fatihah buat beliau sebagai tanda ingatan dan kasih sesama saudara kita.


Wallahuaklam

Share: