AFB Feed

Monday, April 28, 2014

Our Precious Time Together

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Selamat hari Isnin semua!!

Lambat entry harini. Nak ambil mood hari Isnin + mood bercuti semalam masih ada. Hehe
Sabtu baru lepas ni, kononnya mama nak pergi ke Pesta Buku.
Memang mama pergi, tapi pergi hantar adik-adik dan mak mama ke PWTC.
Sebabnya, papa ajak berjalan dengan Amir. Hohoho

Ingat nak jalan ke mana, rupanya nak ajak pergi ke Pusat Sains Negara.
Kononnya, ingat tak ramai orang. Sekali kereta dan bas berderet kat tempat parking kereta PSN.
Oh, rupanya ada Engineering Sains Fair. Aish, sana sini ramai sangat orang rupanya.

Last-last, kami ke Sungai Buloh, makan ayam golek. Papa teringin nak makan ayam golek.
Alhamdulillah, jadilahkan untuk masa berharga kami sekeluarga.

Amir baca buku dengan nenek.

Antara buku yang adik-adik beli. Mama pinjam daripada adik sebagai penambahan ilmu demi anak-anak. Insya Allah, mama akan kongsikan serba sedikit ilmu yang mama peroleh pada entri akan datang.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab