Saturday, May 28, 2016

Book Lovers - The Big Bad Wolf & Jualan Gudang Karangkraf

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Rasanya ramai yang dah tau terutama pencinta buku. Apa lagi kalau bukan The Big Bad Wolf.


Tahun ni dorang offer beli kotak dan masukkan buku dalam kotak. Kotak-kotaknya macam kat bawah ni.



Ada family package jugak macam kat bawah ni.


Macamana tu yer?
Caranya macamni : 

Langkah 1 : Pilih dan beli kotak pilihan
Langkah 2 : Isikan dengan buku pilihan anda
Langkah 3 : Tutup dengan rata - MESTI!
Langkah 4 : Pergi ke kaunter keluar untuk untuk tutup kotak anda - Pastikan original resit ada bersama anda.


Lebih kurang camtu la caranya. Tak kesah buku mahal ke, murah ke, tebal ke, nipis ke, sumbat jela dalam kotak tu. Tapi pastikan masa tutup tu, boleh tutup rata, takde bonjol mana-mana.

Kalau rasa jauh sangat The Mines, Sri Kembangan, boleh pergi yang lagi satu :


Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2016.
Kat mana lagi kalau bukan kat Shah Alam.
Pencinta buku confirm kenal punyala Karangkraf ni. Buku-bukunya cetakannya memang popular. Antaranya apa lagi, kalau bukan novel. Mau rambang mata dibuatnya. Hihi

Oh, dah mula cuti sekolah kan? Kalau tak tau nak bawak anak ke mana, bawak anak-anak ke jualan buku pon ok gak. Sekurangnya masa cuti sekolah ni, ada pengisian ilmu juga buat mereka.

Bestnya kalau dapat pergi salah satu. MPA tak dapatla nak pergi tahun ni sebab berkampung kat hospital, temankan Ain. Keadaan Ain dah bertambah baik tapi belum tau lagi bila keluarnya. Yang pasti, mungkin lama lagi. Harap-harap MPA tak perlulah berpuasa di hospital ni. Tapi kalau dah tertulis kena berpuasa di hospital, sudah tentu pengalaman baru & berharga buat diri MPA.

Selamat membeli buku kegemaran!!

1 comment:

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab