بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Allahumma Solli Ala Muhammad
"Berlalulah sudah Ramadan,Sebulan berpuasa,Tiba Syawal kita rayakan,Dengan rasa gembira..."
Alhamdulillah, direzekikan menyambut raya tahun ini. Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin andai ada penulisan Umie yang buat kalian terasa hati.
Sakan masing-masing beraya tahun ini. Alhamdulillah, Umie beraya di rumah mak ayah Umie, kemudian baru beraya dengan mentua Umie. Aturan kami bergilir setiap tahun sebab masih ada lagi ibu ayah, berbaktilah sebaiknya.
Menu raya, tak payah cakap. Macam-macam sampai rasa macam naik je berat sekarang ni. Belum kuih raya lagi. Hahahaha
Alhamdulillah, tahun ini merasa ketupat, ketupat palas dan lepat lepat. Burasak saja tak merasa lagi raya tahun ini. Kami buat ketupat biasa, ketupat palas adik bawakkan dari rumah mentua dia dan lepat lepat pula makcik dari Johor bawakan.
Rezeki tahun ini makcik gagah datang ziarah ke rumah kami. Seronok dapat kumpul dengan sepupu-sepupu walaupun tak semuanya ada. Yang pasti, memang riuh dengan suara kami dan anak-anak kami. Hehehe
Memang diakui raya cuma setahun sekali. Jadi, makanan yang dihidang ada yang setahun sekali saja jumpa. Nak jumpa hari biasa boleh, tapi kena rajin membuatnya. Hehehe
Bila banyak sangat yang makan, terkumpul balik lemak-lemak yang tersingkir masa puasa haritu. Adoi! 😅
Jadi, Umie sambut hari raya dengan Shaklee juga. Antara yang Umie ambil ialah Lecithin dan Herblax sebab Umie ada masalah sembelit. Bila ambil Lecithin, lemak mula cair dan taklah terkumpul dalam badan. Bila ambil herblax pula, pembuangan lemak tadi menjadi lancar. Nyah kau dari sini gitu.
Sebelum puasa hari itu, Umie ada buat medical checkup. Hasil keputusan, kolestrol dalam keadaan berjaga-jaga. Tak.bolrh jadi ni.
Jadi, Omega dan Phytocol memang perlu Umie ambil. Risiko kolestrol tinggi ni pada jantung. Lagipun, kita tak nampak kolestrol ni. Tahu-tahu dah tinggi. Plus, orang yang kurus pun boleh kolestrol tinggi. Lagila Umie yang comel ini. Hahahah
Umie pernah terfikir, nak sihat macam nampak mahal tapi hakikatnya sakit adalah lagi mahal, terutama yang melibatkan kes serius macam jantung.
Mudahan on track balik berat Umie selepas 3 hari beraya sakan. Insya Allah.
Yang nak join on track dengan Umie, masih belum terlambat lagi. Jom!
Nak dapatkan item di atas, klik link ini ya ➡️ http://byciksaw.wasap.my
Lot's of love,