AFB Feed

Wednesday, October 02, 2013

Alamak....errkkk!!!

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Malam tadi mama tidur nyenyak betul sebab Amir bangun sekali je minta susu. Dalam pukul 4 mama terjaga, sekali Alamak...erkkk!!! Mama sakit tengkuk la pulak atau ada yang kata salah bantal (kesian bantal, dipersalahkan, hehe). Rasa nak nangis pon ada. Terus terang, ni memang pertama kali mama kena, tak pernah kena langsung sebelum ni.

Gagahkan jugak bangun sebab fikir ada kerja yang nak disudahkan. Sekali dengan anak mama, Amir pon bangun tersengih-sengih. Alahai, kuatkan jela semangat demi melayan kerenah anak. Susah betul nak memandu sebab mama kena bahagian kiri, jadi nak menoleh ke kiri bermasalah betul. Kalau ke kanan, Alhamdulillah, takde masalah. Alhamdulillah nasib baik tak jadi apa-apa. Tapi memang macam robot la ni, dengan badan-badan sekali. Hehe

Mama pergi klinik yang dekat dengan opis, doktor nak cek, dia pusingkan kepala mama ke kanan, mama rileks lagi. Sekali doktor pusingkan kepala mama ke kiri, menjerit sakit mama dalam klinik. Doktor spray tengkuk mama dan dapatlah ubat sapu dan ubat makan serta MC sekali. Doktor suruh rehat dan lepas letak ubat sapu, letak ais kat tempat sakit tu.

ubat yang diberikan doktor kecuali Ammeltz Yoko Yoko, tu mama beli sendiri

Alhamdulillah, dah makan ubat dan dah buat macam yang disarankan doktor tu, kurang dah sikit tapi masih ada lagi ni. Yela, takkanlah hilang terus, ye dak. Untuk sementara ni, mama tak boleh lasak-lasak sangat toleh kiri kanan. Dah cedera. Hehe
Sahabat-sahabat yang pernah menghadapi dan tau cara nak elakkan, kongsi-kongsikanlah yer sebab mama memang pertama kali ni. Ni malam nak tidur, mula la fikir macammanala nak tidur supaya tak berlaku lagi. Huhuhu

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab