Monday, October 28, 2013

Serba tak kena

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Harini serba tak kena betul.

1st - Access card, kunci drawer dan kad touch 'n go tertinggal kat rumah
Puncanya, Sabtu dan Ahad lepas bawak mak abah mama pergi Tesco beli barang dapur. Kena lalu tol. Jadi, mama bawakla kad touch 'n go nak guna. Kad tu dalam tali landyard sekali dengan access card dan kunci drawer. Kes nak saving la kononnya, kalau bawak satu, semua bawak. Sekali pagi ni, terlupa nak bawak. Terpaksalah mintak papa hantarkan ke opis mama. Nasib baik dekat sikitla opis papa dengan mama dan papa shift pagi minggu ni.

2nd - Alarm trigger - Lif semua tak berfungsi
Papa dah sampai, tekan-tekan lif, asal tak nyala. Fikir, rosak kot. Cuba tengok service lift, langsung takde indicator. Alamak! Apa dah jadi. Kebetulan ada juruteknik kat situ, mama tanyala, nape yer?. Katanya ada fire drill, jadi semua lif tak berfungsi sehinggalah di'isolate'kan (mama nak translate, takut-takut tak kena maknanya nanti). Pilihan lain, menapakla turun tangga. 

Nasib baik mood papa baik harini. Cakap kat dia, tak tau ada apa masalah, ada alarm fire drill pulak. Ni pun mengah-mengah turun tangga.

Nasib baik dua tu je dugaan mama harini. Lenguh jugak kaki walaupun turun tangga dari tingkat 6. Huhu

ni la dia yang tertinggal tu..

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab